Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resipi Lepat Liat Utara, Kuih Tradisional Hadirkan Kenangan Sejuta Rasa!

Resipi Lepat Liat Utara, Kuih Tradisional Hadirkan Kenangan Sejuta Rasa!

Kategori: ,
lepat liat utara

Mana penggemar lepat dekat sini? Pasti korang tertanya bagaimana cara penyediaan lepas sehingga menghasilkan rasa sedap sebegitu rupa, kan?

Jadi, apa kata kita cuba buat sendiri. Perkongsian daripada Nor Hasimah menerusi laman Facebooknya boleh dijadikan rujukan untuk kita. Nampak sedap dengan tekstur yang padat!

ResIpi Lepat Liat Utara, Kuih Tradisional Hadirkan Kenangan Sejuta Rasa!

Bahan-Bahan:

  • 3 cawan tepung pulut
  • 1/2 cawan santan
  • 3 sudu makan gula putih
  • 1 sudu kecil garam
  • kelapa parut yang digaul dengan sedikit garam halus
  • daun pisang
  • minyak masak untuk suapan
  • 1 cawan gula merah + 1/2 cawan air – dimasak

Cara Penyediaan:

  1. Masak air gula merah dan ketepikan.
  2. Masuk santan, garam, gula putih bersama tepung pulut di dalam bekas dan gaul sebati.
  3. Masuk air gula merah tadi sambil ditapis dan kacau hingga tidak berketul.
  4. Ambil duan pisang dan sapukan minyak pada jari dan tekan adunan.
  5. Letak inti nyoq ditengah-tengah adunan dan balut kemas.
  6. Akhir sekali kukus selama 45 minit. Selamat mencuba dan menikmati!

Lepat liat utara lepat liat utara lepat liat utara

Dah siap hidangan lepat liat Utara ni. Memang sedap dimakan ketika minum petang. Kacau air teh o panas-panas dengan disebatikan rasa memakan lepas ni! Orang cakap, memang ngam!

Semoga perkongsian ini bermanfaat. Selamat mencuba dan menikmati!

Sumber: Nor Hasimah

Baca juga: Lelaki Ini Kongsi Resepi Botok-Botok Diraja Johor, Cukup Untuk 20 Bungkus Hidangan!

tags: | |