Lepat Pisang

Lepat pisang  sangat sedap bila dimakan pada waktu minum petang atau sarapan pagi. Ditambah pula dengan rasanya yang cukup lengkap manisnya. Untuk pisang boleh guna apa – apa pun jenis pisang mengikut cita rasa anda.

Bahan – Bahan

  • 13 biji pisang berangan/pisang emas
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan kelapa parut putih
  • 2 sudu besar gula pasir
  • 2 sudu besar gula merah – menaikkan warna
  • 1 sudu kecil garam

Cara – Cara

  • Potong pisang nipis nipis dan lenyek dengan menggunakan garpu sehingga hancur.
  • Jangan terlalu hancur supaya dalam lepat, masih ada rasa ketulan pisang.
  • Masukkan gula, gula merah dan garam. Kacau rata.
  • Masukkan tepung gandum dan kelapa parut dan gaul hingga sebati.
  • Potong daun pisang panjang 15cm x 15 cm dan layur atas dapur gas supaya ianya tidak terkoyak semasa dilipat. Sudukan 2 sudu besar adunan ke atas daun pisang.
  • Jika suka, letak inti kelapa parut yang digaul dengan sedikit garam.
  • Lipat ke kiri dan kanan. Kemudian lipat pula hujungnya ke bawah, angkat tegak dan lipat pula di hujung satu lagi. Panaskan periuk pengukus sehingga air mendidih.
  • Susun kuih lepat dalam pengukus dan kukus selama 20 minit atau sehingga masak.
  • Cucuk bahagian tengah kuih dengan pisau, jika tidak melekat, tandanya ia telah masak. Bolehlah angkat dan sedia untuk dihidangkan.
0/5 (0 Reviews)
(This post has been visited 8 times!)