Pelbagai masakan boleh dibuat dengan menggunakan makaroni seperti makaroni salad, makaroni bakar dan yang paling menjadi kegemaran ramai iaitu Mac & Cheese. Tidak dinafikan, memang ramai penggemar Mac & Cheese kan? Rupanya tak susah mana kalau anda nak cuba buat sendiri di rumah. Lelaki ini kongsikan resepi Mac & Cheese paling mudah, campak-campak dan siap! Selamat mencuba.
Resepi Mac & Cheese Paling Mudah, ‘Campak-Campak’ Siap! Lelaki Ini Kongsi Caranya
Bahan-bahan:
- Bawang putih
- Cili flakes
- Cooking cream
- Cheddar cheese
- Makaroni
- Blackpepper
- Parsley
Cara-cara:
- Rebus makaroni sehingga lembut. Tos dan ketepikan.
- Dalam kuali lain, tumis bawang putih dan chili flakes.
- Masukkan cooking cream dan cheddar cheese. Kacau sebati.
- Kemudian masukkan puka makaroni yang sudah direbus tadi. Gaul sebati.
- Masukkan blackpepper dan chili flakes.
- Akhir sekali taburkan parsley.
- Siap!
Kredit: ASH (Foodhunter) @Ashril_92