Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » “Terbaik Mama!”, Hidangan Macaroni & Cheese Yang Sedap Berkrim Ini Berkali-Kali Di Puji Anaknya, Ini Resepinya Mudah Je!

“Terbaik Mama!”, Hidangan Macaroni & Cheese Yang Sedap Berkrim Ini Berkali-Kali Di Puji Anaknya, Ini Resepinya Mudah Je!

Kategori: ,
resepi mudah mac dan cheese

Macaroni and Cheese atau singkatannya adalah Mac & Cheese merupakan hidangan pasta yang sangat popular di Amerika Syarikat. Walaubagaimana pun asal hidangan ini adalah daripada Itali iaitu negara yang memperkenalkan segala jenis pasta kepada dunia.

dan Cheese ini memang ternyata sangat sedap sebab rasanya yang penuh krim dan mempunyai rasa keju yang lazat dan tak muak. Nak tahu cara membuatnya? Jom rujuk resepi di bawah ini.

“Terbaik Mama!”, Hidangan Macaroni &Cheese Yang Sedap Berkrim Ini Berkali-Kali Di Puji Anaknya, Ini Resepinya Mudah Je!

BAHAN-BAHAN:

  • 2 cawan makaroni | beli di sini 
  • 2 sudu besar mentega
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • 2 1/2 cawan susu segar
  • 4 keping keju cheddar | nak lebih lemak berkrim boleh tambah lagi
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
  • Sedikit garam
  • Chili flakes (Boleh masukan apabila dah masak kalau nak pedas)

CARA PENYEDIAAN:

  1. Rebuskan makaroni dengan sedikit garam sehingga lembut. Ketepikan.
  2. Panaskan mentega. Masukkan tepung dan gaul rata dengan cepat.
  3. Masukkan susu segar. Kacau dan tambahkan serbuk lada hitam dan sedikit garam.
  4. Masukkan keju satu per satu sambil kacau dengan whisk supaya tidak berketul.
  5. Masukkan makaroni yang telah direbus tadi dan kacau rata.

SELAMAT MENCUBA!

Kredit resepi : buatoranglapo

Kredit gambar: thechunkychef.com

Baca juga: Resepi Baked Macaroni With Meatball Yang Mudah Dan Sangat Digemari Ramai

tags: | |