Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Masak Cabai Tempoyak Ikan Merah Yang Padu, Memang Berselera Sungguh. Tak Jadi Diet!

Resepi Masak Cabai Tempoyak Ikan Merah Yang Padu, Memang Berselera Sungguh. Tak Jadi Diet!

Kategori: ,
resepi masak cabai tempoyak ikan merah

Ikan merah merupakan salah satu ikan yang sangat sedap dihidangkan dengan pelbagai jenis hidangan. Dibuat sup, digoreng biasa atau pun dibuat masak cabai. Namun tak ramai yang sediakan hidangan masak cabai tempoyak menggunakan ikan merah ini.

Anda nak cuba buat tak? Kalau nak cuba buat Masak Cabai Tempoyak Ikan Merah ini, jom kita ikuti resepi perkongsian dari Azlina Ina ini.

Cara Masak Cabai Tempoyak Ikan Merah Yang Mudah Serta Menyelerakan!

Bahan-bahan:

  • Ikan merah potong
  • Garam dan kunyit
  • 3 sdb tempoyak
  • Sedikit gula
  • 1/2 cawan air

Bahan-bahan tumis: 

  • 20 – 30 biji cili padi kampung (ejas ikut kepedasan anda)
  • Sedikit garam
  • Sedikit ikan bilis (letak supaya masa tumbuk tak merecik cili dan jadi kan sambal lagi sedap)

Cara penyediaan:

  1. Gaulkan ikan dengan garam dan kunyit. Kemudian goreng.
  2. Tumbuk lumat bahan-bahan tumis.
  3. Tumiskan bahan tumisan sehingga garing kemudian masukkan tempoyak dan gula.
  4. Kacau sebati dan tambahkan air.
  5. Biarkan mendidih dan tambahkan pak aji sedikit. Kalau ada daun kunyit atau serai boleh masukkan. Jangan masuk terlalu awal, nanti tempoyak hilang.
  6. Kemudian matikan api, masukkan ikan. Gaul rata.
  7. Siap untuk dihidangkan.

Mudah sahaja kan nak buat Masak Cabai Tempoyak Ikan Merah ini? Kalau buat pasti laku keras. Nak diet pun memang tak jadi dah. Nasi habis satu periuk pun tak perasan ni. Cubalah sekarang!

 

Selamat mencuba!

Kredit: Azlina Ina Via MATJHN

Baca juga: Resipi Ikan Tenggiri Berlado, Makan Dengan Nasi Panas Memang Umphh!

 

tags: | |