Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Resipi » Resepi Sup Ikan Merah Yang Sedap, Tak Hanyir Dan Berbau! Memang Puas Hati Sangat

Resepi Sup Ikan Merah Yang Sedap, Tak Hanyir Dan Berbau! Memang Puas Hati Sangat

Kategori: ,,
resepi sup ikan merah

Sedap sangat sup ikan merah ni. Tak ramai yang cuba buat sebab takut hanyir dan berbau, tapi jika anda ikut resepi di bawah semua hanyir tu dah tak ada. Dan kalau sebelum ini anda bukan penggemar sup ikan, confirm kali ini anda akan menggemarinya. Aroma supnya yang wangi dilengkapi dengan rasanya yang amat luar biasa memang tak rugi kalau cuba. Jadi tunggu apa lagi, jom kita masak sup ikan merah ni.

Resepi Sup Ikan Merah Yang Sedap, Tak Hanyir Dan Berbau! Memang Puas Hati Sangat

BAHAN-BAHAN:

  • 1 Ketul kepala ikan merah
  • 2 biji cili merah dihiris nipis
  • 2 biji tomato dibelah dua
  • 3 labu bawang putih
  • 4 ulas bawang merah
  • 2 inci halia
  • 2 batang serai di ketuk
  • 1 keping tauhu dipotong dadu kecil | taknak masukkan pun tak apa
  • Sedikit garam secukup rasa
  • Daun sup dan daun bawang
  • 1 pek sup bunjut
  • Sedikit rempah sup adabi

CARA PENYEDIAAN:

  1. Panaskan air di dalam periuk sehingga mendidih.
  2. Kemudian masukkan halia, bawang putih, bawang merah, serai,sup bunjut, sedikit rempah sup dan cili ke dalam periuk.
  3. Masukkan tauhu dan tomato diikuti garam.
  4. Selepas itu masukkan kepala ikan merah tersebut.
  5. Biarkan selama 15 minit sebelum menutup api. Masukkan daun bawang dan daun sup sebelum dihidangkan.

Tips: 

  • Pastikan darah pekat yang melekat pada bahagian celah isi ikan dan tulang di buang sepenuhnya.
  • Gosok isi ikan, kepala ikan dengan asam lmau nipas bagi menghilangkan hanyir ikan. Lepas tu basuh atau sapu tepung gandum sebelum tos bersih.

SELAMAT MENCUBA!

tags: | |