Para suri rumah dah hilang idea nak masak apa hari-hari. Kalau masak benda yang sama, takut si suami pula bosan dengan makanan yang sama sahaja. Jadi, apa kata kalau hari ini untuk menu tengah hari kita ubah sikit dengan menggunakan sayur-sayuran.
Menu tengah hari untuk hari ini boleh gunakan resepi masak lemak putih petola versi Kelantan. Makanan orang Kelantan kan sedap-sedap belaka, jadi mari kita cuba!
Resepi Masak Lemak Putih Petola Versi Kelantan, Ini Adalah Menu Tengah Hari Sesuai Di Makan Bersama Ayam Goreng Kunyit
Resepi Masak Lemak Putih Petola Versi Kelantan ini dikongsikan oleh Raniaa Hisham di Facebook Page Port Resepi.
Bahan-Bahan:
- 1 kotak santan kotak
- 1 batang petola
- 1-2 tangkai cili hijau solok
- 1/2 tangkai cili merah
- 1 sudu kecil Maggi Cukup Rasa
- Garam (jika perlu)
Bahan-Bahan Tumbuk:
- 1 ekor ikan rebus (ambil isi sahaja)
- 1-2 ulas bawang merah
- 1/2 sudu besar lada hitam
Cara Penyediaannya:
- Masukkan santan ke dalam periuk bersama 1 1/2 kotak air atau secukupnya bergantung kepada kepekatan kuah yang disukai.
- Jerang di atas dapur sambil terus dikacau di atas api yang sederhana besarnya.
- Apabila hampir mendidih, masukkan bahan tumbuk dan kacau lagi sehingga ianya mendidih.
- Perlu dikacau supaya santan tidak berketul.
- Masukkan petola dan kacau rata. Bila agak separuh lembut, baru dimasukkan cili hijau dan cili merah.
- Tujuan saya memasukkan cili merah adalah untuk menambah warna pada masak lemak putih ini. Tidaklah putih dan hijau sahaja.
- Akhir sekali, masukkan Maggi Cukup Rasa.
Mudah sahaja cara untuk sediakan menu tengah hari pada hari ini iaitu resepi masak lemak putih petola versi Kelantan. Buat untuk mak mertua pun, gerenti mak mertua makin sayang.
Kredit: Raniaa Hisham
Baca Juga: Ramai Yang Tak Tahu Sup Sayur Petola Campur Ubi Kentang Ini Sangat Sedap Dan Padu, Ini Resepinya