Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Bosan Dengan Siakap Stim? Ini Resipi Masak Siakap Asam Jawa Ala Thai, Rasanya Lain Dari Yang Lain

Bosan Dengan Siakap Stim? Ini Resipi Masak Siakap Asam Jawa Ala Thai, Rasanya Lain Dari Yang Lain

Kategori: ,
siakap asam jawa ala Thai

Jika anda beli ikan siakap, pasti antara menu yang terlintas untuk masak adalah siakap stim kan? Sebab ikan siakap biasanya memang sinonim dengan cara penyediaan stim atau masak sweet sour. Lagii-lagi apabila berkunjung ke kedai tomyam.

Tetapi, untuk kali ini, kami ingin memperkenalkan sedikit kelainan bagi memenuhi citarasa pembaca. Pernah dengar atau masak tak ikan siakap asam jawa ala Thai? Kalau belum, ini masanya untukk anda mencuba. Memang sedap rasanya, dan ia lain dari yang lain.

Perkongsian siakap asam jawa ala Thai ini diulang kongsi daripada pemilik sebenar, Suhana Mohd Khalid yanng berkongsi resepinya menerusi laman Facebook. Ujar beliau, kali pertama menikmati hidangan ini ketika berada di Langkawi bila direkomen oleh pemilik restoren. Ternyata memang sedap sangat dan teringa-ingat dibuatnya.

Bosan Dengan Siakap Stim? Ini Reipi Masak Siakap Asam Jawa Ala Thai, Rasanya Lain Dari Yang Lain

Bahan-Bahan:

  • ikan siakap – dibersihkan dan dikelar
  • air asam jawa
  • garam, gula, serbuk perasa
  • sos tiram
  • sos tomato
  • gula melaka
  • tomato – potong dadu

Bahan Tumis:

  • bawang merah
  • bawang putih
  • halia
  • cili padi

Cara Penyediaan:

  1. Goreng ikan siakap hingga garing. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak, tumis bahan tumis yang dipotong dan dimayang hingga naik bau.
  3. Kemudian tambah sos tiram, sos tomato, gula melaka dan tomato bersama air asam jawa secukupnya.
  4. Perasakan dengan gula, garam dan serbuk perasa. Tutup api.
  5. Tuang atas ikan siakap yang siap digoreng. Siap!

Baiklah, dah siap kita punya siakap asam jawa ala Thai.

siakap asam jawa ala Thai siakap asam jawa ala Thai siakap asam jawa ala Thai

Selamat mencuba dan menikmati keenakannya!

Sumber: Suhana Mohd Khalid

Baca juga: Buat Sushi Guna Roti Keping Biasa, Hidangan Roti Sushi Sandwich Tetap Sedap, Lain Dari Yang Lain!

tags: | |