Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Resipi » Resepi Masakan Ayam Berkuah Yang Mudah dan Cepat

Resepi Masakan Ayam Berkuah Yang Mudah dan Cepat

Kategori:
resepi masakan ayam berkuah

Pada post kali ini kami kongsikan aneka resepi masakan ayam berkuah untuk anda yang tidak memiliki banyak masa dan perlukan kepantasan ketika memasak. Pasti ramai yang ingin menghasilkan makanan masakan ayam yang mudah dan cepat di rumah bukan? Harap bermanfaat.

1. Ayam Masak Kurma

Bahan-Bahan

  • Ayam atau daging
  • Bawang besar, bawang putih dan merah
  • halia, kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pegaga
  • Serbuk rempah kurma
  • Santan
  • Kentang
  • Cili / cabai merah

Cara Penyediaan

  1. Tumis menggunakan minyak sapi, bawang besar, hirisan halia, kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pegaga sehingga garing kekuningan.
  2. Masukkan serbuk rempah kurma yang telah digaul bersama air, daging atau ayam, kerisik, tomato, bawang putih dan merah yang telah di kisar dan buah keras serta jintan yang telah ditumbuk.
  3. Tutup periuk, masak dengan api kecil sehingga pecah minyak, tutup periuk itu bertujuan supaya aroma bau tak hilang dan daging atau ayam akan cepat lembut.
  4. Perlu diingati Jangan biarkan ramuan rempah tu hangit, kena pandai agak air dan kepekatan kuah.
  5. Bila daging atau ayam dah hampir lembut, masukkan kentang, tunggu sehingga lembut,
  6. Masukkan santan, biarkan sehingga menggelegak.
  7. Masukkan cili merah potong tengah dan bawang besar potong empat dan garam.
  8. Petua khasnya ialah, setelah semuanya selesai masak, tuangkan sedikit minyak sapi mentah kedalam kuah kurma, ini akan menambahkan kelazatan masakan kurma itu.

2. Ayam Masak Lemak Cili Api

 

Bahan-Bahan Masak Lemak

  • Beberapa Cili padi
  • Serai
  • Kunyit Hidup
  • Santan
  • Ayam atau baby chicken
  • Asam keping (Ekstrak asam pun boleh)
  • garam and sedikit gula

Cara Penyediaan

  1. Masukkan ayam dan santan.
  2. Kalau ada santan asli, masukkan yang cair terlebih dahulu kemudian baru masukkan yang pekat.
  3. Masukkan serai yg dititik, cili padi dan kunyit yang ditumbuk bersama asam keping.
  4. Reneh dgn api perlahan jangan sampai pecah minyak.
  5. Masukkan sayur-sayur yang ada.
  6. Garam saya masukkan paling akhir sekali.

3. Ayam Masak Merah

 

Bahan-Bahan Perapan

  • 1 ekor Ayam, dipotong 4
  • 5 sudu besar sos tomat o
  • 2 sudu besar sos cili
  • Gula dan garam secukupnya
  • 5 ulas bawang putih, hancur atau hiris halus

Bahan-Bahan Tumisan

  • 1 biji bawang bombay, potong kasar
  • 3 ulas bawang putih, cincang atau dipotong halus
  • 2 biji tomato dipotong kasar
  • 4 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar cili merah giling
  • 1 sudu besar kicap masin
  • 3 biji cabai lada, potong serong
  • Gula dan garam secukupnya
  • 1 sudu besar marjerin

Cara Penyediaan

  1. Campur bahan perap, tambahkan air secukupnya, perap dan panaskan api hingga pekat.
  2. Sapu bahan perapan pada ayam. dan panaskan
  3. Tumis bawang bombay dan bawang putih dengan minyak sehingga bau naik.
  4. Masukkan  cili giling, sos tomato, tomato, kicap masin dan ayam. Gaul sehingga rata.
  5. Tambahkan air, masukkan lada hijau, gula dan garam. Gaulkan lagi.
  6. Sebelum diangkat masukkan sedikit marjerin, gaul sehingga rata.
  7. Angkat dan siap untuk disajikan.

4. Ayam Masak Thai

 

Bahan-bahan A

  • 10 ketul bahagian ayam digoreng
  • 1 biji bawang besar/holland (potong bulat)
  • 2 batang serai dititik
  • Daun limau purut
  • Garam secukupnya
  • 2 sudu sos tiram
  • 2 sudu sos cili
  • Sedikit air
  • Minyak

Bahan-Bahan B (Bahan Kisar)

  • 3 ulas bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 5 biji cili merah
  • 3 biji cili hijau
  • 2 biji cili api

Cara Penyediaan

  1. Tumis serai yang dititik sehingga naik bau harum. Kemudian masukkan hirisan bawang dengan daun limau purut.
  2. Tumis semuanya sehingga agak garing. Bila dah garing, masukkan bahan yang sudah dikisar tadi.
  3. Selepas itu masukkan sos tiram, sos cili dan air.
  4. Akhir sekali masukkan ayam dan penambah perasa ikut sesedap rasa.

5. Ayam Masak Kicap Ala Jawa

 

Bahan-bahan

  • 1 ekor ayam kampung (dipotong kecil)
  • 12 sudu kicap manis
  • 12 biji bawang merah yang dicincang
  • 2 ulas bawang putih dicincang
  • 1 sudu kicap masin
  • 1/2 sudu serbuk lada
  • sedikit halia dicincang halus)
  • 100 ml air yang dicampur perahan limau nipis
  • 2 sudu sos cili
  • 2 sudu sos tomato
  • Minyak memasak
  • Garam
  • Gula
  • Air Secukupnya

Cara membuatnya

  1. Lumur ayam yang sudah dibersihkan (yang dicampur perahan limau) sampai rata. Kemudian tabur dengan garam halus hingga rata lalu dibiarkan perap lebih kurang 10 minit
  2. Panaskan minyak untuk menumis, langkah pertama masukkan bawang merah dan bawang putih tumis hingga bau naik mewangi, masukkan halia yang telah dicincang halus sebentar tadi. Gaulkan
  3. Kemudian masukkan kicap manis, kicap masin, sos cili, sos tomato dan gaul semuanya sehingga rata
  4. Masukkan air masak kemudian gaulkan sehingga rata dan masukan ayam dan gaulkan sehingga rata
  5. Masukkan garam, serbuk lada secukupnya. Gaul sehingga kuah menjadi agak pekat dan biarkan sebentar 10minit atau sehingga ayam sudah cukup masak
  6. Siap untuk disajikan
tags: