Sebelum ini anda hanya pernah mencuba Burnt Cheesecake biasa sahaja kan? Itu pun dah cukup sedap dan melazatkan! Jadi apa kata kali ini jom cuba Matcha Burnt Cheesecake pula. Rasanya pasti dapat memikat hati anda, lagi-lagi buat peminat teh hijau!
Jika anda mahu mencuba resepi ini, pastikan anda menggunakan serbuk teh hijau matcha yang berkualiti, baru rasanya lebih sedap. Ikuti resepi lengkap di bawah.
Resepi Matcha Burnt Cheesecake, Rasa Yang Berkrim & Lembut Macam Aiskrim
Bahan-bahan:
- 485 gram cream cheese
- 278 whipping cream
- 174 gram gula kastor
- 25 gram serbuk teh hijau matcha
- 4 biji telur
Cara-cara:
- Gunakan loyang 7 inci. Masukkan baking paper pada loyang dan kemaskan. Gunting lebihan baking paper menggunakan gunting.
- Sementara itu, panaskan oven pada suhu 210°C.
- Dalam satu bekas, masukkan cream cheese dan gula kastor. Tekan-tekan sedikit kedua bahan ini menggunakan spatula supaya lembut dan mudah dipukul dengan menggunakan mixer nanti.
- Kemudian pukul cream cheese dan gula kastor dengan mixer sehingga berkrim dan tidak berketul.
- Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul sebati.
- Seterusnya masukkan whipping cream dan pukul sehingga sebati.
- Ayakkan serbuk teh hijau ke dalam adunan tadi dan kacau rata menggunakan spatula. Kemudian pukul dengan mixer sehingga sebati.
- Tuangkan adunan ke dalam loyang.
- Bakar pada suhu 210°C selama 45 minit (tanpa kipas).
- Simpan dalam peti sejuk semalaman, kemudian baru dipotong.
Kredit resepi: Maisarah Humaira’
Kredit gambar: Ashrul_92