Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Mee Goreng Basah Paling Sedap, Perlu Guna ‘Tips’ Ini Baru Menjadi & Enak!

Resepi Mee Goreng Basah Paling Sedap, Perlu Guna ‘Tips’ Ini Baru Menjadi & Enak!

Kategori:
resepi mee goreng basah

Selain Mihun Goreng dan Kuey Teow Goreng, Mee Goreng juga antara makanan bergoreng yang sangat digemari oleh orang ramai. Lebih-lebih lagi Mee Goreng Mamak dan juga Mee Goreng Basah. Tapi nak buat Mee Goreng Basah yang sedap dan menjadi, ada tipsnya juga tau. Bukan main campak je.

Jadi kalau anda semua nak tahu tips dan resepi Mee Goreng Basah yang paling sedap. Anda bolehlah rujuk resepi yang dikongsikan oleh Suhasnida Ismail di bawah ini.

Cara Buat Mee Goreng Basah Yang Sedap & Menjadi

Tips :

  • Guna sos-sos yang mencukupi. Jangan kedekut bahan.
  • Kalau nak ada kelainan, guna air rebusan daging dan hirisan daging. Memang sedap sangat.
  • Bawang putih kena banyak. Tumbuk kasar-kasar.
  • Masukkan sedikit cuka makan apabila goreng mee. Lagi membangkitkan rasa.

Bahan-bahan:

  • 1 paket mee goreng
  • Minyak untuk menumis
  • 8 ulas bawang putih
  • 1/2 biji bawang holland
  • 2 tbsp cili kering kisar
  • Ayam cincang, udang, daging
  • Telur
  • Sawi
  • Tomato

Bahan Sos & Perasa : 

  • 5 tbsp sos cili
  • 1tbsp sos tomato
  • 2tbsp sos tiram
  • 1tbsp kicap manis
  • 2tbsp kicap pekat
  • 1tbsp sos ikan
  • 1/2 tsp garam halus
  • 1tbsp gula atau secukup rasa
  • 1/2tsp ajinomoto jika suka
  • 1/2 cawan air

Cara Penyediaan :

  1. Panaskan minyak masak. Tumis bawang putih.
  2. Kemudian masukkan bawang holland dan cili kering kisar.
  3. Masukkan pula lauk pauk dan tumis lagi.
  4. Letakkan sedikit air dan semua sos. Udang masukkan kemudian pun tak apa.
  5. Pecahkan telur dan masukkan mee.
  6. Masukkan sayur dan kacau sebati.
  7. Siap untuk dihidangkan.

Mudah sahaja kan untuk membuat Mee Goreng Basah ni? Jadi apa kata kalau kita buat untuk makan malam nanti. Anak-anak pasti berselera dan licin satu kuali ni. Sampai diri sendiri pun tak sempat nak makan. Sebab apa? Sebab sedap sangat!

Selamat mencuba!

Kredit : Suhasnida Ismail

Baca juga : Teringin Nak Makan Mee Goreng Basah Sebijik Rasa Macam Di Kedai? Jom Buat Sendiri, Boleh Makan Sampai Puas Hati!

tags: