Ini dia resepi homemade mee telur. Kalau nak merasa sangat buat sendiri je, Sangat mudah sebabnya guna 3 bahan sahaja. Tapi hanya perlu gigih menguli. Mee telur ini sangat sedap bila dimakan bersama dengan sup ayam dan chili oil. Memang terbaik rasa dia!
BAHAN-BAHAN:
- 1 Cawan tepung gandum
- 1 biji telur ayam
- Secubit garam halus
CARA PENYEDIAAN:
- Gaul sehingga menjadi sebentuk doh.
- Sekiranya perlu, boleh masukkan sedikit air.
- Doh yang pertama akan menjadi seperti ini. Biarkan seketika selama 30 mint di dalam peti. Pastikan doh di alas kain atau bertutup.
- Doh tadi dikeluarkan dari peti, kemudian di uli lagi sehingga doh menjadi pejal. Masukkan semula ke dalam peti dan biarkan selama 15 minit.
- Setelah itu keluarkan doh dan uli. Taburkan tepung gandum sedikit demi sedikit. Leperkan dan canai doh sehingga nipis seperti kan.
- Kemudian potong secara memanjang.
- Rebus selama 10 minit atau lebih.
- Mee yang direbus diangkat dan basuh. Kemudian toskan.
- Dihidangkan bersama sup ayam, hirisan daun bawang dan chili oil.
RESEPI SUP AYAM:
- Panaskan 2 sudu besar minyak masak dan tumis hirisan 2 bij bawang kecil, 3 biji bawang putih dan 2 hirisan halia.
- Masukkan air dan campak seikat sup bunjut ikan Adabi (paket biru). biarkan sehingga air mendidih.
- Masukkan bahagian tulang ayam dan biarkan selama 40 minit. Akhir sekali perasakan dengan garam.
- Untuk hidangan dengan mee, ambil sup jernih sahaja tanpa hirisan bawang tadi.
- Bagi resepi chili oil. Tumiskan bawang putih yang di cincang dalam minyak yang banyak. Kemudian masukkan serbuk cili kering (chili flakes) dan secubit garam.
SELAMAT MENCUBA!
Sumber: Zurina Zulkefli Via MAHN