Waktu makan tengahari pun tak lama dah kan? Korang semua dah ada ke resepi untuk lauk tengahari korang? Bila duduk kat bandar ni, cik abang korang semua pulak mengadu nak makan gulai ikan tongkol. Mula pening kita yang tak ingat resepi ni kan. Sebab tu harini saya nak kongsikan dengan korang semua resepi gulai ikan tongkol ala-ala mamak yang sedap siap telur rebus lagi ni haa.

Berikut merupakan resepi untuk memasak  Ikan Tongkol:

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Bawang putih
  • Bawang merah
  • Lengkuas
  • Kunyit
  • Lada kering
  • Santan
  • Garam
  • Perasa
  • Gula
  • Ikan
  • Telur rebus
  • Asam keping

Cara-cara memasak:

  1. Kisar halus bawang putih, bawah merah, lengkuas, kunit dan lada kering.
  2. Kemudian tambahkan sedikit air dan tumiskan hingga kering.
  3. Masukkan santan. masak sehingga mendidih. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  4. Masukkan ikan, telur rebus dan asasm keping.
  5. Tunggu hingga mendidih. Kemudian masukkan lada besar. Siap untuk dihidangkan.

Selamat mencuba resepi ini.

Tonton video di bawah untuk mengetahui cara-caranya:

Kredit: Mila Campak Campak

4/5 (1 Review)
(This post has been visited 70 times!)