Pada penggemar hati ayam harini kita akan mencuba resepi melayu yang mudah dan ringkas. Bagi sesiapa yang tak berapa mahir memasak tapi suk makan, anda boleh mencuba resepi untuk permulaan perjalanan anda untuk mempelajari cara memasak. Berikut merupakan resepi untuk memasak hati ayam masak sos tiram.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • hati ayam
  • limau kasturi
  • sos tiram
  • serbuk kunyit
  • halia
  • bawang putih
  • serai
  • asam keping
  • sos tiram
  • garam
  • perasa
  • cili
  • bawang holland

 

Cara untuk memasak hati ayam masak sos tiram:

  1. Cuci hati ayam dengan limau kasturi
  2. Sediakan bahan-bahan yang telah dinyatakan diatas terlebih dahulu
  3. Tumis bawang putih bersama serai
  4. Tumis sehingga kekuningan dan masukkan hati ayam
  5. Masak sehingga kering air dan masukkan asam keping
  6. Masukkan serbuk kunyit dan kacau sehingga rata
  7. Masukkan sos tiram, garam, perasa dan bwang holland ke dalam masakan tadi
  8. kacau sehingga rata
  9. siap untuk dimakan

Selamat mencuba:

Kredit: Mila Campak Campak

5/5 (1 Review)
(This post has been visited 87 times!)