Bagi yang suka kerang. Tetapi masih pening memikirkan resepi untuk memasaknya. Jom saya kongsikan resepi untuk memasak Kerang Goreng Cili Padi. Memang sangat sedap!

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Halia
  • serai
  • belacan
  • cili padi
  • Kerang
  • Cili kering
  • Garam
  • Perasa

Cara memasaknya:

  1. Sediakan semua bahan yang diperlukan untuk memasak kerang goreng cili padi.
  2. Tumbuk kasar bawang merah, bawang putih, halia, serai, belacan, dan cili padi.
  3. Panaskan minyak, tumis semua bahan yang ditumbuk tadi hingga naik bau. Masukkan cili kering kisar, masak sampai garing. Kemudian, masukkan garam dan sedikit perasa.
  4. Masukkan kerang yang sudah dibasuh bersih. Masak lebih kurang dalam 2 minit. Siap untuk dihidangkan dan makan panas-panas bersama nasi.

Tonton video untuk mengetahui cara-caranya:

Kredit: Mila Campak Campak

5/5 (1 Review)
(This post has been visited 424 times!)