Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Melayu: Mee Kari

Resepi Melayu: Mee Kari

Kategori: ,

Mee kari adalah antara juadah yang digemari rakyat Malaysia. Ini kerana kandungan bahan-bahan yang berlemak dan sedap di dalam mee kari semestinya membuka selera orang ramai. Berikut merupakan resepi untuk memasak Mee Kari yang sedap dan lemak berkrim:

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 1/2 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 hiris halia
  • 2 sudu besar atau lebih cili kisar (ikut kepedasan)
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 bunga lawang
  • 300 ml santan segar
  • 200 – 300ml air rebusan ayam
  • 3 sudu besar rempah kari daging
  • 2/3 cawan isi kerang (optional)
  • 1 sk garam
  • 1 sk gula

Bahan hiasan:

  • 1/4 ekor ayam rebusan dipotong kecil-kecil
  • 1 biji tauhu goreng
  • daun bawang/daun sup dipotong halus
  • 2 biji telur rebus
  • 1 mangkuk sawi celur
  • 1 mangkuk taugeh

 

Cara memasak Mee kari:

  1. Sediakan bahan-bahan yang diperlukan untuk memasak mee kari.
  2. Kisar halus bawang putih, bawang besar dan halia dengan sedikit air. Masukkan rempah kari daging dan cili kisar. Mix sebati.
  3. Didihkan air, masukkan halia, garam dan ayam. Tutup, rebus sehingga masak (10-15 minit). Panaskan minyak, tumis bahan rempah dan bahan kisar sehingga pecah minyak.
  4. Seterusnya, masukkan santan serta air rebusan ayam. Masukkan isi kerang, garam dan gula. Masak sebentar. Siap untuk dihidangkan bersama mee serta bahan hiasan lain.

Selamat Mencuba.

Tonton video ini untuk mengetahui cara-cara penyediaannya:

Kredit resepi: Limau Nipis

tags: | | | |