Kadangkala pening kepala untuk memilih sajian nasi goreng kerana mempunyai pelbagai menu sajian. Contohnya seperti nasi goreng udang, nasi goreng kampung, nasi goreng USA, nasi goreng ikan masin dan pelbagai lagi. Bagi yang suka udang, berikut adalah resepi untuk memasak nasi goreng udang:
Bahan-bahan yang diperlukan adalah:
- Udang (gorengkan dahulu)
- Bawang putih
- Cili padi
- Udang kering
- Garam
- Cili kering
- Perasa
- Telur
- Nasi
- Daun bawang
Cara-cara penyediaan & memasak:
- Sediakan bahan-bahan untuk membuat nasi goreng udang.
- Panaskan minyak, goreng udang dan ketepikan. Tumis bawang putih, cili padi, dan udang kering yang sudah ditumbuk halus hingga sedikit garing.
- Masukkan cili kering kisar, dan kacau hingga pecah minyak. Kemudian, masukkan garam, perasa dan telur. Biarkan telur sedikit masak, kacau perlahar biar telur sedikit hancur bersama bahan-bahan tadi.
- Masukkan nasi, kacau hingga sebati. Masukkan udang yang sudah digoreng, dan daun bawang. Lalu, kacau hingga sebati. Goreng sehingga semuanya sekata lebih kurang 1 minit.
- Sedia untuk dihidangkan panas-panas.
Selamat mencuba. Tonton video di bawah untuk langkah-langkahnya:
Kredit: Mila Campak Campak