Apakah istimewanya sambal petai udang ini? Rasanya yang pedas, bau yang kuat dan perisa makanan laut yang teresap masuk ke dalam sambal pasti membuatkan seluruh deria anda terjaga. Bagi yang tidak meminati petai, ambil sahaja bahagian sambal dan udang. Biarkan peminatnya sahaja yang meratah petai itu. Berikut adalah resepi memasak sambal udang petai yang sedap dan memuaskan.
Bahan-bahan yang diperlukan:
- Udang (digorengkan dahulu)
- Bawang putih
- Bawang merah
- Air (sedikit sahaja)
- Gula
- Garam
- Pati asam jawa
- Petai
Cara-caranya penyediaan & memasak:
- Goreng udang dan ketepikan. Bawang merah dan bawang putih ditumbuk halus.
- Panaskan minyak, lalu tumis bahan yang sudah ditumbuk hingga naik bau. Masukkan cili kering kisar, tumis sampai garing.
- Masukkan sedikit air dan kacau. Jika dah pecah minyak, masukkan gula, garam, pati asam jawa dan udang. Kemudian, kacau hingga sebati. Masukkan petai, masak sebentar.
- Siap untuk disajikan bersama nasi.
Selamat mencuba. Tonton video dibawah untuk mengetahui cara-caranya:
Kredit: Mila Campak Campak