Biasanya mak-mak kita di kampung sana suka menyediakan lauk-lauk sebegini. Enak dimakan bersama ulam-ulaman. Sayur lemak putih biasanya dihidangkan bersama ikan goreng dan bermacam aneka lauk kampung yang menarik dan boleh dimakan bersama-sama seisi keluarga.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • lada hitam
  • bawang merah
  • bawang putih
  • isi ikan rebus
  • santan
  • garam
  • perasa
  • gula
  • sayur campur
  • tauhu

 

Cara-cara membuat sayur lemak putih:

  1. Tumbuk lada hitam, bawang merah, bawang putih dan ikan yang telah siap direbus sehingga lumat.
  2. Masukkan santan kedalam periuk yang beisi air sedikit
  3. Tunggu sehingga santan cair dan masukkan bahan-bahan yang ditumbuk tadi
  4. Masukkan garam, perasa dan gula
  5. Tunggu sehingga air mendidih
  6. kemudian masukkan sayur campur yang telah disediakan
  7. Masukkan tauhu dan kacau hingga rata
  8. Hidangan siap untuk dimakan

Selamat mencuba.

Tonton video ini untuk mengetahui cara-caranya:

Kredit: Mila Campak Campak

 

5/5 (1 Review)
(This post has been visited 70 times!)