Hai semua. Hari ini kami akan kongsikan dengan anda semua satu resepi yang mudah iaitu resepi TomYam Campur. Resepi yang sangat ringkas, padat dengan rasa yang pasti memikat selera anda sekeluarga dan bahan-bahan yang sangat senang untuk diperolehi.

Resepi ini sesuai dijadikan hidangan makan malam anda atau makan tengahari anda. Resepi ini sangat digemari oleh anak-anak kita kerana mempunyai pelbagai jenis lauk dalam satu hidangan.

Resepi TomYam Campur:

Bahan-bahan:

  • Perencah tomyum adabi
  • Cili padi
  • Serai
  • Bawang putih
  • Air
  • Ayam
  • Udang
  • Daun limau purut
  • Bunga kobis
  • Tomato
  • Baby corn
  • Limau kasturi

 

Cara-cara Memasak:

  1. Panaskan minyak terlebih dahulu. Kemudian masukkan perencah tomyam.
  2. Kemudian masukkan cili padi, serai dan bawang putih. Kemudian masukkan air secukupnya.
  3. Biarkan seketika hingga mendidih. Kemudian masukkan ayam dan udang.
  4. Apabila sudah mendidih, masukkan daun limau purut, bunga kobis, tomato dan baby corn.
  5. Akhir sekali masukkan jus perahan limau kasturi. Siap untuk dihidangkan.

 

Selamat mencuba resepi ini.

Tonton video untuk mengetahui cara-caranya:

Kredit: Mila Campak Campak

4/5 (1 Review)
(This post has been visited 65 times!)