Hai semua, dah masak ke? Hari ini saya nak kongsikan bersama anda semua resepi udang goreng kunyit. Bahan-bahannya sangat senang dan ringkas. Bahan-bahannya juga senang untuk diperolehi di pasar-pasar basah mahupun kedai rucit.

Masa yang diambil untuk memasaknya juga sangat singkat. Menu ini sangat sesuai dijadikan lauk tambahan dalam menu makanan tengahari anda semua. Bagi yang masih tercari-cari idea untuk memasak hari ini, bolehlah ikuti resepi ini.

Bahan-bahan diperlukan:

  • Udang
  • Garam kunyit
  • Bawang putih
  • Lada besar
  • Cili padi
  • Bawang holland
  • Kacang buncis

Cara-cara penyediaan & memasak:

  1. Cuci udang terlebih dahulu. Kemudian gaulkan udang yang siap dibersihkan bersama serbuk kunyit dan garam.
  2. Kemudian gorengkan udang yang siap digaul dengan dengan serbuk kunyit dan garam. Gorengkan sehingga sedikit garing.
  3. Keluarkan udang dan tumiskan bawang putih didalam kuali yang berisi minyak yang gunakan untuk menggoreng udang.
  4. Kemudian masukkan udang yang siap digoreng, bawang besar holland, kacang buncis, lada besar dan cili padi.
  5. Gorengkan seketika dan siap untuk dihidangkan bersama nasi.

Selamat mencuba. Cuba jangan tak cuba. Belum cuba belum tahu. Tonton video di bawah untuk mengetahui cara-caranya dengan lebih detail:

Kredit: Mila Campak Campak

3.5/5 (2 Reviews)
(This post has been visited 95 times!)