Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Menu Berasaskan Soya, Daging Soya Berempah Yang Lazat

Resepi Menu Berasaskan Soya, Daging Soya Berempah Yang Lazat

Kategori: ,
daging soya

Tentu ramai yang tidak tahu daging soya. Ia adalah halal dan diperbuat daripada protein soya dan dikenali sebagai TVP (textured vegetable protein). Ia juga sesuai untuk orang yang tidak makan daging.

Ramai yang suka daging soya ini kerana cara penyimpannya amat mudah dan tahan lama. Ia tidak perlu disimpan di dalam peti ais dan amat murah. Jom kita lihat resepi daging soya berempah yang dikongsikan oleh Kamarul Ariffin Nor Sadan di Facebook.

Daging Soya Berempah Yang Sedap Dan Mudah

BAHAN-BAHAN

  • 150g daging soya kering
  • 10 biji bawang merah ros
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 batang cili merah
  • 1 batang cili hijau
  • 1 sudu besar serbuk kari daging
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • 1 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 biji tomato (besar)
  • 2 sudu besar kicap masin
  • 100ml yogurt
  • 1 batang daun ketumbar

CARA PENYEDIAANNYA

  1. Cara nak sediakannya, mudah. Rebus dalam air dan diperasakan dengan garam. Ia akan kembang dan selesai dalam masa 5 minit. Dalam dia padat.
  2. Ia tidak merasa daging, dan teksturnya mirip bakso yang ringan atau takua. Namun begitu, kalau dimasak dengan resepi yang betul, ia akan jadi hidangan yang sedap.
  3. Setelah itu, kita tumis bawang ros, bawang putih, halia, cili merah dan hijau dalam kuali. Bahang-bahan ini dipotong kasar sahaja dan ditumis sampai layu dan harum.
  4. Kemudian, masukkan daging soya yang sudah ditos dan diperah tadi. Tumis sambal sebahagiannya jadi garing dan perang gelap. Ini akan menjadikan daging ini lebih menarik bila dimakan nanti.
  5. Tiba masa untuk letak rempah. Taburkan serbuk kari daging, cili, ketumbar dan kunyit. Tambah sedikit minyak, dan gaul sampai rempah ni menyelaputi daging soya kita.
  6. Pada waktu ini, boleh letakkan 2 sudu kecil garam dan gula. Sambung tumis sampai rempah tadi tiada bau dan rasa mentah. Jangan berhenti menggaul supaya tak hangus.
  7. Tambahkan yogurt. Kalau tiada yogurt, boleh letak tairu, dahi, santan, susu segar, susu sejat atau ghee. Daging soya ni hampir tiada lemak, jadi penting untuk kita letak sumber berlemak.
  8. Kemudian, tambah air secawan. Tadi kita dah masak daging soya sampai kering. Jadi bila kita letak air ni, ia akan serap rempah dan perasa yang kita dah letak. Perasa dengan garam, kicap masin dan gula.
  9. Masukkan tomato yang telah dipotong dadu. Kalau kurang masam, tambah asam. Kalau nak lebih rasa macam daging, letak kiub perasa daging atau air rebusan tulang. Masak sampai kering.
  10. Tada! Tabur sedikit daun ketumbar supaya naik kesegarannya. Daging soya berempah ni sedap dimakan dengan nasi putih panas-panas. Padan dengan sayur kobis goreng kunyit.

Sungguh mudah dan amat lazat untuk dimakan bersama keluarga dan yang tersayang. Makan dengan nasi putih pasti tidak cukup satu pinggan. Jadi tunggu apa lagi, selamat mencuba!

Kredit foto dan resepi: Kamarul Ariffin Nor Sadan Via MaMa

Baca Juga: Nak Serikan Wajah? Cuba Masker Soya Ini, Cuma Guna Bahan Dari Dapur Saja!

tags: |