Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Atikah Suhaimi Kongsi Lagi! Ini Resipi Menu Diet Pakai Terung Saja. Kena Ikut Cara Ni Baru Menjadi Kalau Nak Cuba!

Atikah Suhaimi Kongsi Lagi! Ini Resipi Menu Diet Pakai Terung Saja. Kena Ikut Cara Ni Baru Menjadi Kalau Nak Cuba!

Kategori: ,,
menu diet pakai terung

Pada perkongsian lepas, Min dah kongsi menu diet low budget yang diamalkan oleh Atikah Suhaimie ini kan? Jadi untuk kali ini, min akan kongsikan lagi menu diet daripada beliau kerana memang sedap dan menjadi mengikut feedback orang ramai.

Cuba kita stop daripada berlumba-lumba mencuba pelbagai cara dan produk yang tidak tahu keberkesanan dan kandungan bahan yang digunakan. Sehinggakan ada yang sanggup mengambil produk ataupun pil yang membahayakan kesihatan. Namun akhirnya apa yang mereka usahakan itu memakan diri mereka sendiri jika tidak dipantau dengan baik.

Jadi, alangkah lebih baik jika kita mengamalkan pemakanan semulajadi yang sihat sahaja. Tidak perlu bersusah payah membeli segala produk yang menjanjikan beribu-ribu harapan palsu. Memang kesannya cepat namun risikonya juga agak tinggi.

Korang boleh ikut perkongsian menu diet pakai terung sahaja ni. Jom cuba tau!

Atikah Suhaimi Kongsi Lagi! Ini Resipi Menu Diet Pakai Terung Saja. Kena Ikut Cara Ni Baru Menjadi Kalau Nak Cuba!

Bahan-Bahan:

  • terung
  • garam
  • minyak masak
  • bawang merah
  • bawang putih
  • cili hijau dan merah
  • tomato
  • cumin sedikit
  • cuka
  • sos tomato
  • telur
  • kicap soya

Cara Penyediaan:

  1. Gaul terung dengan garam 1 sudu makan.
  2. Biarkan dia, dap dap pakai tisu.menu diet pakai terung
  3. Letak minyak dalam pan. Masukkan terung dan susunkan terung yang dipotong tadi.menu diet pakai terung
  4. Tutup pan tadi dengan penutup dan biarkan ia seketika sehingga masak.
  5. Dalam pan yang berlainan, letak juga minyak. Masukkan bawang merah, bawang putih, cili hijau dan tomato yang telah dicincang seperti dalam gambar. menu diet pakai terung
  6. Campurkan cumin sedikit bagi rasa macam hidangan Arab. menu diet pakai terung
  7. Lalu, tambahkan cuka sedikit.
  8. Selepas itu, tambah sos tomato. Jangan banyak tau sebab kita tengah diet. menu diet pakai terung
  9. Kembali kepada terung. Angkat terung tadi bila siap dimasak.
  10. Masukkan terung ke dalam pan bahan tadi.
  11. Gaulkan dan letak telur pada akhir penyediaan. menu diet pakai terung
  12. Okay, dah siap! Boleh letak kicap soya sedikit. menu diet pakai terung

Menu diet pakai terung tadi boleh dimakan bersama lettuce tau. Memang sedap dan rangup. Amalkan dengan konsisten mesti menjadi. Semoga bermanfaat dan selamat mencuba!

Sumber: Atikah Suhaimie

Baca juga: Atikah Suhaimi Kongsi Menu Diet Low Budget, Kenyang Sampai Tengahari! Ramai Cakap Sedap & Menjadi!

tags: | |