Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Buat Sendiri Mi Goreng Style Kedai Mamak. Cara Sangat Mudah Tapi Sedap Kemain!

Buat Sendiri Mi Goreng Style Kedai Mamak. Cara Sangat Mudah Tapi Sedap Kemain!

Kategori:
Mi Goreng Style Kedai Mamak

Kalau pergi kedai mamak, wajib order mi goreng, memang boleh buat jadi ketagih kalau sekali cuba. Lain kali pasti nak makan lagi. Rupanya tak susah mana kalau nak cuba masak sendiri mi goreng style kedai mamak di rumah. Sekejap je dah siap masak, tapi rasanya punyalah sedap! Anak-anak pasti suka, jom cuba!

Buat Sendiri Mi Goreng Style Kedai Mamak. Cara Sangat Mudah Tapi Sedap Kemain!

Bahan kisar:

  • Cili kering – beli di Shopee
  • 1 biji bawang besar
  • 3 – 4 ulas bawang putih
  • 1 sdb udang kering (taknak letak pun takpe) – beli di Shopee

Bahan A:

  • 2 sdb sos tiram
  • 2 sdb sos tomato
  • 3 sdb sos cili
  • 2 sdb kicap pekat manis
  • Kicap cair manis (letak ikut pada kehitaman mi yang kita nak)
  • Garam
  • 1 sdb gula (Untuk seimbangkan rasa pedas, jika suka pedas tak perlu letak)
  • Isi ayam
  • Fish cake

Bahan B:

  • 4-5 biji telur (kalau masak mee 1kg guna 9-10 biji telur, kalau kurang nanti tak bersalut, kalau guna telur gred A, boleh kurangkan sebiji)
  • Mee
  • Sawi
  • Tauge
  • Hirisan cili merah (cili api merah belah tengah)

Cara-cara:

  1. Tumis bahan kisar sampai pecah minyak.
  2. Masukkan bahan A satu per satu. Masak sampai bahan sebati dan secukup rasa.
  3. Kemudian baru masukkan telur, gaul-gaul sekejap batu masukkan mee.
  4. Gaul sebati, akhir sekali baru masukkan sayur.
  5. Siap!

Kredit: Ziera Xiera

tags: