Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Mi Tomyam Yang Padu Dan Menyelerakan, Persis Tomyam Asli Thailand!

Resepi Mi Tomyam Yang Padu Dan Menyelerakan, Persis Tomyam Asli Thailand!

Kategori: ,

Tomyam merupakan antara masakan yang berasal dari Thailand. Terdapat pelbagai jenis tomyam, antaranya tomyam putih, tomyam seafood, tomyam ayam dan tomyam daging. Nak menyediakan tomyam ini memang sangat mudah. Dan biasanya ia dimakan bersama-sama dengan nasi putih dan telur dadar.

Namun kalau dah bosan asyik makan dengan nasi putih, apa kata kali ini kita buat pula Mi Tomyam. Makan dengan mi kuning, pasti lebih enak dan menyelerakan. Nak cuba buat? Jom kita ikuti perkongsian resepi di bawah ini.

Cara Buat Mi Tomyam Yang Mudah Dan Sedap, Tak Cukup Sepinggan!

Bahan-bahan:

  • Pes tomyam jenama maepranom dan tom yum kung
  • 3 sudu cili kisar
  • Santan/susu cair
  • Sos ikan/kicap sotong
  • Sos tiram
  • Ayam/udang/sotong
  • Bawang putih
  • Bawang holland
  • Lengkuas
  • Serai
  • Cili padi
  • Limau nipis
  • Daun ketumbar
  • Akar ketumbar
  • Sayur/kubis/lobak/cendawan atau apa-apa yang anda suka

Cara Penyediaan:

  1. Tumis cili kisar sampai pecah minyak. Masukkan pes tomyam dalam 4 hingga 5 sudu besar. Masukkan 1 sudu sos tiram.
  2. Kemudian masukkan serai dan tumis sekejap.
  3. Masukkan lauk yang anda suka dan gaul sebati.
  4. Kemudian masukkan air dan santan atau susu cair.
  5. Masukkan semua, lengkuas, bawang putih, cili, tomato, akar ketumbar dan renehkan sekejap.
  6. Perasakan dengan kicap sotong sampai cukup rasa.
  7. Kemudian masukkan sayuran, daun limau purut dan daun ketumbar.
  8. Apabila dah mendidih perahkan air limau nipis sehingga cukup rasa.
  9. Celurkan mi kuning kemudian hidangkan. Siap!

Sangat mudah kan nak buat Mi Tomyam ini? Kalau ada anak-anak yang masih kecil, boleh kurangkan pedas. Pasti berselera anak-anak makan. Hidangan yang sangat simple namun cukup menyelerakan. Sangat sesuai dihidangkan pada waktu petang atau malam.

Nak buat untuk sarapan juga sesuai. Tapi seeloknya kurangkan pedas apabila makan pada waktu pagi. Bimbang sakit perut pula nanti. Jadi tunggu apa lagi tu? Jom kita cuba resepi ini sekarang!

Selamat mencuba!

Kredit resepi: Siti Husni

Kredit gambar: Ana Mariana Ismail

Baca juga: Resepi Ayam Goreng Tomyam, Mudah & Sangat Sedap, Sekejap Je Dah Licin Satu Kuali!

tags: | |