Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Indonesian Cuisine: Resepi Mie Ayam

Indonesian Cuisine: Resepi Mie Ayam

Kategori: ,,

Mie ayam, mi ayam atau dipanggil bakmi ayam di Indonesia, adalah sejenis hidangan biasa dari Asia Tenggara yang terdiri daripada mi gandum kuning yang dihiasi dengan daging ayam. Ianya merupakan berasal daripada masakan cina yang amat biasa dijumpai di Indonesia, Singapura dan Malaysia. Korang mahu cuba resepi ini? Berikut adalah resepi mie ayam dengan cara yang mudah.

Bahan-bahannya adalah:

  • Mie kerinting secukupnya
  • Sawi hijau
  • Timun (kalau suka)
  • 500gram daging ayam fillet
  • 7 siung bawang merah
  • 3 siung bawang putih
  • 3 buah kemiri
  • Kunyit, jahe, sereh dan lengkuas
  • Daun salam dan daun jeruk
  • Daun bawang
  • Ketumbar, merica dan jinten
  • Gula, garam dan kaldu bubuk secukupnya
  • Kecap manis
  • Soas, sambal dan bawang goreng

Cara-caranya adalah:

  1. Tumbuk halus bumbu (merica, ketumbar dan jiten), bawang putih, bawang merah, kemiri, jahe, kunyit dan sedikit garam. Ketuk serai dan lengkuas. Panaskan minyak, tumis bumbu, serai dan lengkuas yang sudah diketuk, serta daun jeruk atau daun salam hingga naik bau. Kemudian masukkan ayam.
  2. Masukkan lebihan garam, gula pasir, dan kaldu bubuk secukupnya. Kemudian, masukkan air. Masak sehingga mendidih.
  3. Apabila dah mendidih, masukkan kicap manis. Kacau dan tutup. Masak hingga matang dan tunggu air sedikit kering. Masukkan daun bawang. Tutup dan masak sebentar selama beberapa minit hingga daging ayam tersebut empuk.
  4. Terlebih dahulu, rebus sawi hijau dan mee kuning.
  5. Siap untuk dihidangkan panas-panas. Memang sedap dan menyelerakan.

Selamat mencuba sendiri di rumah, semoga bermanfaat.

Tonton video ini sebagai panduan untuk memudahkan anda.

Kredit Oleh : Mama Adeeva

tags: | | |