Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Guna Kulit Popia Saja! Nanti Boleh Cuba Resipi Mini Murtabak Ini. Anak-Anak Mesti Suka!

Guna Kulit Popia Saja! Nanti Boleh Cuba Resipi Mini Murtabak Ini. Anak-Anak Mesti Suka!

Kategori: ,
mini murtabak

Samada untuk sarapan atau minum petang, mini murtabak merupakan pilihan yang sesuai, anak-anak pun tentu suka. Lagi-lagi kalau inti yang sedap dan padat, memang menjamin kepuasan.

Kini terdapat pelbagai jenis mini murtabak di kedai makan, malah mini murtabak juga boleh didapati dalam bentuk frozen. Tapi kalau anda tak nak pergi beli, boleh lah cuba resepi yang dikongsikan oleh Noor Hasliana di TikTok, mini murtabak dengan gunakan kulit popia saja! Rasa terliur pula tengok mini murtabak yang comel-comel ini. Kalau anda ingin cuba, jom baca resepi ini.

Resepi Mini Murtabak

Bahan-Bahan

  • 5 hingga 6 biji kentang saiz besar
  • 1 biji bawang besar
  • 5 biji bawang putih
  • 5 sudu besar serbuk kari (dibancuh dengan air)
  • 1 mangkuk kecil ayam cincang
  • Air (untuk mereneh kentang)
  • 1 kiub pati ayam
  • 1 sudu besar garam
  • 2 sudu besar gula
  • 2 biji bawang holland (dipotong dadu)
  • Daun bawang ataudau sup
  • 15 biji telur saiz C
  • Kulit popia saiz sederhana

Cara Memasak

  1. Tumbuk bawang merah besar sehingga lumat. Tumis dengan sedikit minyak sehingga keperangan dan naik bau.
  2. Masukkan kari yang telah dibancuh. Tuangkan sedikit air untuk menghasilkan tumisan yang pecah minyak.
  3. Masukkan ayam cincang. Kacau hingga rata.
  4. Masukkan kentang yang telah dipotong dadu. Kacau rata.
  5. Masukkan air separas kentang untuk proses memasak kentang sehingga empuk. Masak sehingga kering.
  6. Masukkan inti kentang yang telah masak ke dalam bekas dan tuangkan bawang hollanda, daun bawang dan telur.
  7. Kacau bahan-bahan tadi sehingga sebati. Sekiranya pekat, boleh dipecahkan telur lagi.
  8. Lipat bancuhan inti murtabak ke tengah kulit popia. Lipat dengan teliti dan cepat untuk mengelakkan kulit popia pecah.
  9. Setelah lipat, terus masukkan ke dalam kuali.
  10. Terbalikkan murtabak sehingga masak.
@haslianaazam##minimurtabak ##tiktokguru ##learnontiktok ##resepisimple♬ Comical and a little silly carefree music(831995) – Etsuo Kawasaki

Siap! Sangat mudah untuk menyediakan! Ajak anak-anak buat sekali pun mesti seronok juga. Resepi ini juga untuk 20 hingga 30 biji murtabak jadi buat banyak-banyak, boleh ajak satu keluarga untuk nikmati.

Selamat mencuba dan jangan lupa kongsikan resepi ini.

Kredit: Noor Hasliana Hashim

Baca Juga: Resepi Sambal Tahun Ikan Bilis. Resepi Legend Yang Ringkas, Sedap & Membuka Selera!

tags: