Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Khas Dari Seberang, Punch Honey Dew Yang Tampak Menggiurkan. Pastinya Sesuai Untuk Berbuka!

Resepi Khas Dari Seberang, Punch Honey Dew Yang Tampak Menggiurkan. Pastinya Sesuai Untuk Berbuka!

Kategori: ,
resepi punch honey dew

Apabila tiba bulan puasa antara perkara yang dititik berat selain dari makanan adalah minuman. Tambahan pula kalau cuacanya panas dan mendahagakan. Pasti air yang difikirkan. Malah jika ke pasar atau bazar pastinya yang paling menjadi tarikan kita adalah air. Tengok apa-apa air memang buatkan kita menelan air liur.

Dan antara banyak-banyak air ada air yang tidak boleh anda temui diluar sana. Air tersebut adalah Punch Honey Dew. Ia memang menyihatkan dan sangat elok untuk minum sewaktu berbuka. Air Punch Honey Dew ini sebenarnya berasal dari negara sebarang. Nak tahu macam mana kesedapan dia, boleh cuba ketika berbuka nanti!

Minuman Punch Honey Dew Yang Over Sedap & Menyihatkan

Bahan-bahan :

  • Biji selasih | Direndam hingga kembang
  • Sirap Honey Dew
  • Isi kelapa | Dari sebiji kelapa
  • Air kelapa | Dari sebiji kelapa
  • 1 atau 2 biji limau nipis | Dipotong nipis dan buang biji
  • Jus perahan 2 biji lemon
  • 1/2 biji buah honey dew | Dikeruk
  • Ais

Cara Penyediaan :

  1. Keruk isi honey dew macam ni.
  2. Isi kelapa pun dikeruk. Masa beli kelapa muda, cakap dengan penjual tu nak kelapa yang isinya banyak/tebal. Dia akan goncang-goncang dan tahu mana yang ada isi. Kadang-kadang beli kelapa muda, isinya nipis sangat.
  3. Satukan semua bahan-bahan di atas dalam satu bekas dan masukkan ais.
  4. Sebatikan rasa dan siap untuk dihidangkan.

Mudah sahaja kan nak buat Punch Honey Dew ini? Walaupun mudah rasanya tetap sedap tau. Buat anda yang sukakan kelainan, bolehlah cuba buat minuman ini di rumah ya.

SELAMAT MENCUBA!

Kredit : Bam Azimad Via MAHN

Baca juga : Orang Thai Kongsi Cara Buat Air Kopi Thai Yang Lemak Berkrim Dan Kaw Yang Amat! Bikin Ketagih Sungguh

tags: | | |