Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Teringin Nak Makan Ayam Goreng McD? Jom Buat Sendiri, Guna 5 Bahan Je. Mudah Sangat!

Teringin Nak Makan Ayam Goreng McD? Jom Buat Sendiri, Guna 5 Bahan Je. Mudah Sangat!

Kategori: ,

Sepanjang musim PKP ini, kita sering mendengar keluhan orang ramai tak sempat nak beli ayam goreng McD, dah habis la apa la. Memandangkan musim begini, pihak McD tidak menyediakan stok yang banyak. Jadi terpaksa kita menahan rasa nak makan ayam goreng McD yang sedap ni. Tapi apa kata kita cuba buat dengan menggunakan resepi yang dikongsi oleh wanita ini di laman facebook miliknya.

BAHAN-BAHAN :

  • Tepung gandum
  • Tepung goreng bestari (pedas)
  • Tepung beras
  • Serbuk Cili
  • Ayam

CARA PENYEDIAAN :

1.Campur tepung bestari, tepung beras, serbuk cili dan air(jangan terlalu cair dan terlalu pekat). Bancuh sehingga sebati

2.Perapkan ayam dalam bancuhan tadi selama sejam dalam peti ais.

3.Campur tepung bestari, tepung beras, tepung gandum dan sedikit serbuk cili tanpa air sampai sekata.

4. Gaul ayam yang diperap tadi dalam bancuhan tepung yang kering.

4. Masukkan ayam setelah minyak betul-betul panas dan goreng sehingga masak.

5. Siap untuk dihidangkan.

SELAMAT MENCUBA!

Sumber : Engku Fatihah

Baca juga :Resepi Ringkas Puding Mangga Sebagai Juadah Berbuka Puasa

“Bantu BeriMakan Fakir Miskin Sempena Ramadhan Ini Di donation.dailymakan.com

tags: