Tidak semua orang gemar untuk makan di luar selalu. Jikalau hari-hari makan di luar, koyak duit poket kita semata-mata untuk makan mahal sahaja.
Apa salahnya, jika kita seorang suri rumah masak makanan barat seperti Beef Stew ini.
Malas Nak Keluar, Tapi Suami & Anak-Anak Pesan Nak Makan ‘Western Food’, Jadi, Ini Resepi Mudah Beef Stew Korang Boleh Masak!
Resepi ini mudah sahaja, hanya perlukan kesabaran dan keikhlasan untuk siapkan sesuatu masakan. Perkongsian resepi Beef Stew ini dikongsikan oleh Zulkifli Mat di dalam Facebook Page Aneka Resepi Untuk Anda.
Bahan-Bahan:
- 1/4 cawan + 1 sudu besar tepung serbaguna
- Garam
- Lada hitam yang ditumbuk kasar
- 1.5 kg daging lembu
- 3 sudu besar minyak masak
- 1 labu bawang besar- di cincang kasar
- 2 sudu besar pes tomato
- 4 cawan air
- 2 kiub stok daging
- 2 helai daun bay
- 4 tangkai daun thyme (jika tiada boleh guna yang kering)
- 3 batang carrot- dipotong
- 3 batang daun celery medium- dipotong
- 4 biji kentang- dipotong empat atau dua
- 1 cawan kacang pis dalam tin
Cara Penyediaannya:
- Campurkan tepung bersama 2 sudu kecil garam serta lada hitam, gaul sebati. Potong daging seperti kiub sebesar 1 atau 1 1/2 inci. Kemudian gaulkan daging bersama tepung tadi.
- Panaskan minyak. Toskan daging daripada tepung tadi dan masukkan kedalam periuk. Masak sehingga keperangan, angkat dan ketepikan.
- Menggunakan periuk yang sama, masukkan pula bawang besar, sedikit garam dan serbuk lada hitam. Tumis sehingga layu. Kemudian masukkan pes tomato, dan gaul sehingga sebati.
- Masukkan 1 sudu besar tepung dan kacau sebati. Masak selama 2-3 minit supaya tepung itu betul-betul masak.
- Kemudian masukkan daging, air, kiub stok lembu, daun bay dan daun thyme. Tutup periuk dengan penutup dan masak dengan api yang sederhana. Biarkan ianya mereneh selama 1 jam atau sehingga daging empuk. Tambah air jika perlu
- Setelah daging empuk, masukkan sayur- sayuran dan ubi kentang. Masak sehingga empuk. Setelah itu masukkan kacang pis dan perasakan secukupnya dengan garam dan lada hitam.
Dah siap! Terus siap masak dan makan rasa macam duduk di Europe. Suami dan anak anak confirm dah tak nak ajak keluar pergi restoran. Hari hari nak anda masak untuk mereka.
Tunggu apa lagi, selamat mencuba!
Kredit: Zulkifli Mat
Baca Juga: Ini Cara Mudah Buat Sundubu Jjigae@ Tofu Beef Stew Korea Sendiri Di Rumah, Memang Sama Macam Di Dubuyo