Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resipi Mudah Biskut Raya Semperit Cream Cheese Tanpa Mixer, Senang & Amat Cantik Bentuknya

Resipi Mudah Biskut Raya Semperit Cream Cheese Tanpa Mixer, Senang & Amat Cantik Bentuknya

Kategori: ,
Biskut Raya Semperit Cream Cheese

Biskut semperit adalah biskut raya yang sering mendapat sambutan ketika hari raya. Walaupun ini kategori biskut raya tradisional tetapi sehingga kini masih lagi ada. Dan dimodenkan pula dengan menambah cheese ke dalamnya. Maka terjadilah Biskut Raya Semperit Cream Cheese.

Hasilyna, ia bertambah sedaplah jadinya. Jadi jom kita cuba buat Biskut Raya Semperit Cream Cheese kalau nak tahu setakat mana kesedapannya.

Resipi Mudah Biskut Raya Semperit Cream Cheese Tanpa Mixer, Senang & Amat Cantik Bentuknya

Bahan-Bahan:

  • 250 butter cup
  • 1/2 tin susu pekat
  • 5Og cream cheese tatura
  • 400g tepung jagung
  • 3 sudu tepung kastad
  • 1 sudu esen vanila
  • Pewarna ikut suka

Cara Penyediaan:

  1. Pukul butter cup dan sebatikan dengan susu pekat serta cream cheese, tak perlu mixer.
  2. Lepastu masukkan tepung jagung, tepung kastard, esen vanilla dan pewarna ikut suka.
  3. Uli sehingga menjadi doh.
  4. Untuk dapatkan warna warni, asingkn 3 bahagian untuk letak pewarna. Masa nak tekan campurkn ketiga-tiga warna.
  5. Saya guna acuan tembaga saiz 13 . Sekali adunan dpt 4 tray hitam yg dpt masa beli oven tu
  6. Bakar 160°c selama 15 minit atau mengikut oven masing-masing.
  7. Siap untuk dimakan

Biskut Raya Semperit Cream Cheese

Siap sudah Biskut Raya Semperit Cream Cheese kita. Cantik kan?

Selamat Mencuba!

Sumber: Yusliana Amor Via MAHN

Baca juga: Resepi Rendang Telur Yang Sedap & Menyelerakan

tags: |