Daily Makan
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review
No Result
View All Result
Daily Makan
No Result
View All Result

Resepi ‘Step By Step’ Kuih Tiram Yang Memang Sedap & Mudah, Hanya Guna 3 Bahan Je!

Cik Lawa by Cik Lawa
Januari 13, 2022
in Resepi
3 min read
0 0
0
resepi kuih tiram
35.8k
SHARES
587
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Kuih tiram atau dikenali juga dengan nama kuih lidah buaya. Ia merupakan kuih melayu tradisional Melayu Brunei di Papar Sabah. Tetapi ia masih boleh didapati di seluruh Malaysia. Rasanya yang sedap dan sesuai juga dijadikan minum petang atau moreh. Krap krup krap sekejap je, dah habis.

BacaJuga

Resepi Cara Berlauk Tapi Guna Cupcake Maker Je. Mudah & Jimat Masa, Yang Penting Sedap!

Resepi Cara Berlauk Tapi Guna Cupcake Maker Je. Mudah & Jimat Masa, Yang Penting Sedap!

Mei 17, 2023
90
kuih gunting

Resipi Kuih Gunting Pedas Lejen, Memang Rangup & Sedap Untuk Dimakan

April 18, 2023
161

Jadi jom kita buat berpandukan resepi kuih tiram/lidah buaya yang dikongsi oleh Mas Cotek di lama facebook miliknya.

Cara Mudah Buat Kuih Tiram Yang Sedap

BAHAN-BAHAN:

  • 1/2 kg tepung gandum
  • 1 sdt garam
  • 2-3 sudu minyak masak
  • Air

Bahan layer

  • Minyak
  • Tepung ubi

CARA PENYEDIAAN:

1. Campurkan tepung gandum, garam dan minyak masak.

2. Ramas-ramas sehingga berderai (ramas guna hujung jari).

3. Masukkan air sedikit-sedikit, jumlah air bergantung pada doh.

4. Stop masukkan air bila doh tidak melekat di tangan dan di besen (doh keras sikit dari doh karipap) uli lagi dalam 10 minit sehingga doh lembut.

5. Bahagikan doh kepada 4 bahagian.

6. Canai tabur sikit-sikit tepung pada papan pencanai (tak bagi lekat).

7. Untuk pes atau layer pula, masukkan tepung ubi dan minyak masak. Kacau sampai likat.

8. Ambil sedikit pes ( minyak + tepung ubi) seratakan pada doh yang di canai tadi.

9. Ratakan doh.

10. Gulung.

11. Dah siap gulung kesemua doh tadi.

12. Potong anggaran 1/2 inci (terpulang nak potong kecil atau besar) tapi jangan besar sangat ya dah canai nanti besar dan panjang jadinya..

13. Ambil 1 bahagian yang dipotong tadi, tekan sikit seperti ini guna jari je.

14. Canai sehala (sekali lalu je).

15. Canai sehingga betul-betul nipis. Canai sampai habis.

16. Panaskan minyak/mula menggoreng. Guna lidi untuk buka kelopak-kelopak tiram tadi. Perlukan kesabaran nak kan hasilnya yang cantik.

17. Dah siap/toskan dahulu ye dan dah betul sejuk baru gaul gula.

Mudah sahaja kan nak buat Kuih Tiram ini? Walaupun mudah namun ianya sedikit renyah sebab banyak langkah yang perlu dibuat. Tapi kalau dah siap, pasti puas hati punya. Sebab rasa dia memang sedap. Nak buat jualan pun boleh. Yang penting jangan derhaka resepi ya!

SELAMAT MENCUBA!

Kredit: Mas Cotek

Baca juga: Cara Simple Buat Kuih Ketayap Yang Comel Dan Pastinya Sangat Sedap

3.6/5 (26 Reviews)
Premium WordPress Themes Download
Download Best WordPress Themes Free Download
Download Nulled WordPress Themes
Free Download WordPress Themes
download udemy paid course for free
download mobile firmware
Tags: kuih muihresepi kuih tiram
Share35819TweetSend

Related Posts

Resipi Keropok Lekor Homemade Cara Sendiri, Buat Di Rumah Lagi Senang. Rasa Dia Rangup Di Luar, Tapi Lembut Di Dalam
Masak Apa Hari Ini?

Resipi Keropok Lekor Homemade Cara Sendiri, Buat Di Rumah Lagi Senang. Rasa Dia Rangup Di Luar, Tapi Lembut Di Dalam

Mei 28, 2023
9
ikan kerapu
Masak Apa Hari Ini?

Peminat Ikan Kerapu Sila Hadir! Ini Dia Resipi Ikan Kerapu Masak Masam Manis Yang Popular Di Malaysia

Mei 28, 2023
15
ayam bakar sekor
Masak Apa Hari Ini?

Lelaki Ini Kongsi Resipi Ayam Bakar Sekor, Perapan Sedap & Senang Dibuat. Cubalah!

Mei 28, 2023
32
  • Hubungi
  • Pengiklanan
  • Privasi
  • Terma Web

© 2022 Copyright Daily Media. Owned by Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)

No Result
View All Result
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review

© 2022 Copyright Daily Media. Owned by Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist