Nasi goreng ikan masin merupakan antara nasi goreng yang paling digemari oleh rakyat Malaysia. Kebanyakan kedai makan memang ada menyediakan nasi goreng tetapi tak banyak kedai yang boleh masak nasi goreng ikan masin tu betul-betul sedap. Korang nak tahu tak cara-cara nak bagi nasi goreng tu sedap dan boleh jadi antara masakan yang paling enak di dunia. Jom kita ikuti perkongsian lelaki ini.
Cara Mudah Buat Nasi Goreng Ikan Masin, Sedap & Menyelerakan!
BAHAN-BAHAN:
- Ikan masin Teburok
- Bawang besar 1/2 biji
- Cili api ikut lidah masing masing
- Daun limau purut 3 helai (yang kembar siam)
- Bawang putih dalam lima ulas (saya guna Pes Pak Bidan macam besa)
- Bunga kantan/ketina satu kuntum.
- 1 biji telur ayam
CARA PENYEDIAAN:
- Gorengkan ikan dalam minyak yang banyak atas api yang besar. Supaya dia garing krap krup krap.
- Kemudian cincang ikan tadi dalam 1 cm.
- Goreng sekali lagi dalam api besar, tapi minyak cukup agak-agak tenggelam ikan yang dah cincang tu je. Ini nak bagi dalam garing dan tulang rangup. Goreng sampai ikan tu jadi warna coklat.
- Kemudian masukkan semua bahan tumis tadi. Kalau nak tambah kailan pun elok masa ini.
- Masukkan nasi putih. Gaul sampai sebati. Kemudian pecahkan sebiji telur dan gaul lagi. Masa ni boleh lah rasa dah secukup rasa ke belum. Kalau belum boleh tambah apa yang patut.
- Bila dah agak kering boleh tutup api dan siap untuk dihidangkan.
Mudah sahaja kan nak buat Nasi Goreng Ikan Masin ni? Orang lelaki bujang pun boleh buat tau. Confirm terbalik biji mata bila makan nasi goreng yang dimasak.
SELAMAT MENCUBA!
Kredit: Khabbab Jamalludin Via MAHN
Baca juga: Sama Sedap Macam Di Thailand, Ini Resepi Nasi Goreng Thai Yang Menyelerakan.