Sedapnya kalau dapat makan popia inti sayur untuk minum petang ni. Memang ramai penggemar popia sayur ni, makan panas-panas memang sedap! Sedar tak sedar, habis 5 biji makan sorang. Jom cuba buat sendiri untuk minum petang nanti.
Cara Buat Popia Inti Sayur Yang Sedap
Bahan-bahan popia:
- Kulit popia
- Taugeh
- Timun
- Lobak
Cara-cara:
- Letakkan isi di tengah kulit popia. Gulungkan.
- Penghujung gulungan, letakkan sedikit air untuk gam kulit popia.
- Goreng sehingga masak dan keperangan.

- Toskan.

Bahan kuah:
- Cili kering
- Bawang putih
- Bawang besar
- Gula merah
- Gula pasir
- Garam
Cara-cara:
- Kisarkan cili kering, bawang putih dan bawang besar.
- Panaskan sedikit minyak dalam kuali, masukkan bahan kisar tadi.
- Bila agak-agak cili dah masak, masukkan sedikit air, sos, secubit garam, gula pasir dan gula merah. Pastikan secukup rasa.
- Siap untuk dihidang.

Mudah sahaja kan nak buat Popia Inti Sayur ini? Kalau buat asyik sangat makan, pasti lepas ni hari-hari nak buat. Tak kira dewasa atau kanak-kanak pasti semua suka popia macam ini.
Kredit: SuiSan Aliezsha
Baca juga: Mudah Je Nak Buat Popia Pisang (Popis) Ni. Balut, Goreng Dan Nyum! Memang Puas Hati Boleh Makan Sepuasnya