Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Nasi Arab Mandy Yang Sedap, Tak Payah Susah-Susah Beratur. Buat Sendiri Je Di Rumah!

Resepi Nasi Arab Mandy Yang Sedap, Tak Payah Susah-Susah Beratur. Buat Sendiri Je Di Rumah!

Kategori: ,
nasi arab mandy

Nasi Arab, satu nama dan makanan yang tidak dapat disangkal lagi kesedapannya. Malah sejak kebelakangan ini heboh berkenaan dengan Nasi Arab yang dijual oleh Chef Ammar. Baru-baru ini memang viral isu nasi mahal yang dijual oleh Chef Ammar ini, namun semenjak itu jualan beliau semakin laris. Bahkan ramai yang sanggup beratur panjang demi membeli jualannya.

Buat anda yang berada jauh dari tempat jualan Nasi Arab Chef Ammar ini pastinya akan ada keinginan untuk menikmatinya kan? Jadi mungkin anda semua boleh membuat Nasi Arab Mandy sendiri di rumah. Caranya sangat mudah dan pasti rasanya juga sangat enak. Tanpa membuang masa lebih lama, jom kita ikuti perkongsian resepi di bawah ini.

Cara Buat Nasi Arab Mandy, Hidangan Yang Sangat Mudah Dan Sedap!

Rempah mandy

Bahan-bahan: 

  • 2 sdb ketumbar
  • 1 sdb jintan putih
  • 1 sdb lada hitam
  • 1 sk bunga cengkih
  • 8 biji buah pelaga
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 3 helai daun salam (bay)

Cara Penyediaan: 

  1. Sangai semua bahan di atas.
  2. Setelah sejuk kisar jangan terlalu halus.

Nasi Arab

Bahan-bahan: 

  • 4 cawan beras basmathi extra long | direndam dalam 20 minit, toskan
  • 5 ulas bawang putih
  • 3 cili hijau besar
  • 1/2 biji bawang holland | potong dadu
  • 1/2 sdb rempah mandy
  • Daun ketumbar
  • Garam
  • Kismis hitam
  • 3 sdb minyak sapi untuk menumis
  • 6 cawan air rebusan ayam
  • Pewarna kuning/safron

Cara Penyediaan: 

  1. Panaskan minyak sapi.
  2. Tumis bawang holland, bawang putih, rempah Mandy. Kemudian masukkan cili hijau.
  3. Masukkan pula 6 cawan air rebusan ayam kemudian masukkan beras. Perasakan dengan garam.
  4. Apabila nasi dah masak, titiskan pewarna kuning atau letak safron.

Stok Ayam (air rebusan ayam untuk nasi dan sup)

Bahan-bahan: 

  • 1/2 biji bawang holland (hiris nipis untuk tumis)
  • 1 ekor ayam
  • 2 sdb minyak masak
  • 2 helai daun salam/bay
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 1 sdk lada hitam
  • 10 cawan air
  • 1 kiub ayam
  • 1 sdb rempah mandy

Cara Penyediaan: 

  1. Panaskan minyak, masukkan daun bay, lada hitam, kayu manis, bawang holland dan tumis sehingga naik bau.
  2. Masukkan air, kiub pati ayam dan ayam.
  3. Rebus ayam hingga agak masak.

Perapan Ayam

Bahan-bahan: 

  • 2 sdb minyak zaitun/butter cair
  • 1 sdk smoked paprika/serbuk cili
  • Sedikit pewarna kuning/safron
  • 1/2 sbb rempah mandy
  • 1 sdb jus lemon

Cara Penyediaan: 

  1. Campurkan semua bahan, kacau sehingga sebati.
  2. Sapu pada permukaan ayam, perap 2 hingga 3 jam.
  3. Bakar api atas, suhu 180-200C selama 15 minit.

Sup

Bahan-bahan: 

  • Baki rebusan ayam
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit serbuk kunyit
  • Serbuk lada hitam
  • Serbuk lada sulah
  • Hirisan daun sup
  • Bawang goreng
  • Salad

Salad

Bahan-bahan:

  • 1 biji timun ( dipotong dadu)
  • 2 biji tomato ( dipotong dadu)
  • 1/2 biji bawang holland, (dipotong dadu)
  • Garam
  • Gula
  • Serbuk lada hitam
  • 1 sudu besar jus lemon
  • Daun ketumbar, dihiris halus

Cara Penyediaan: 

  1. Campurkan semua bahan dan gaul sebati.

Sambal

Bahan-bahan: 

  • 4 biji bawang putih
  • 2 biji tomato
  • 10 biji cili padi
  • 5 biji cili merah
  • Sedikit daun/batang ketumbar

Cara Penyediaan: 

  1. Kisar semua bahan di atas.
  2. Perasakan dengan garam, gula dan jus lemon.

Mudah sahaja kan nak buat Nasi Arab Mandy ni? Memang berbaloi kalau buat sendiri. Sangat mudah dan pastinya sangat enak dan begitu menyelerakan. Jadi tunggu apa lagi tu? Jom kita mula membuatnya sekarang!

Selamat mencuba!

Kredit: Nur Masri

 

tags: |