Jikalau sudah bosan dengan resepi nasi ayam sedia ada, anda boleh variasikan dengan resepi lain. Boleh dijadikan sebagai sarapan, tengah hari dan malam.
Mudah sahaja resepi Nasi Ayam Singapura ini, caranya seakan sama sahaja dengan nasi ayam yang kita selalu buat.
Bosan Dengan Nasi Ayam Malaysia? Jom Cuba Masak Nasi Ayam Negara Lain. Ini Resepi Nasi Ayam Singapura Sedap Patut Anda Cuba!
Resepi ini dikongsikan di Facebook Page Resepi Harian yang dimuatnaik oleh Amnina Azmi. Bahan-bahannya banyak, mungkin nampak sedikit susah untuk dimasak tetapi bila diikut resepinya.
Sekejap sahaja untuk disiapkan!
Bahan-Bahan Untuk Nasi Ayam:
- 4 pot beras basmathi (rendam dulu supaya air menyerap)
- 1 batang serai
- 3-4 helai daun pandan
- 5 biji bawang putih
- 2 inci halia
- 5-7 sudu minyak dari lemak ayam
- 1 sudu makan garam (rata)
- Air rebusan ayam sebanyak 1 inci suku dari aras beras
Nota: Jangan letak marjerin atau mentega, kurang sedap bau dan rasanya.
Bahan-Bahan Untuk Penyediaan Ayam:
- 1 inci halia dihiris
- 3 biji bawang putih ditumbuk
- Ayam
- 1 sudu makan Sesame Oil
- Air secukupnya (menutupi atau sama paras ayam)
- Garam satu sudu kecil
Bahan-Bahan Untuk Perapan Ayam:
- 3 sudu makan gula
- 2 sudu makan kicap cair
- 1 sudu makan sos tiram
- 1 sudu makan kicap pekat
Bahan-Bahan Untuk Sira/Sos Ayam:
- Segenggam kecil gula batu
- Setengah cawan kicap masin
- 1-2 sudu makan sesame oil
Bahan-Bahan Untuk Cili Nasi Ayam:
- 5 biji bawang putih
- 3 cili besar
- 2 cili padi Thailand merah (pedas sikit)
- 1 inci halia
- Jus dari 9 biji limau kasturi
- Garam dan gula
- 1 sudu makan minyak lemak ayam
- 1 sudu makan minyak bijan
- 1 sudu makan sos tomato
- 3 sudu makan sos cili
Cara Penyediaan Nasi Ayam:
- Rebuskan ayam.
- Air rebusan ayam tadi diletakkan sekali dengan bahan – bahan di atas dalam periuk nasi.
- Letak, tutup dan tunggu nasi masak.
Cara Penyediaan Ayam:
- Letak semua bahan bahan dalam periuk, didihkan dan masuk ayam.
- Rebus jangan sampai ayam hancur.
- Pastikan ayam pejal lagi masa anda angkat tu. Sebab kita nak goreng ayam tu semula.
Cara Penyediaan Perap Ayam:
- Satukan bahan di atas dan perap ayam yang direbus tadi.
- Lepas perap, gorengkan ayam.
- Lepas goreng ayam dalam beberapa minit, angkat ayam dan celup balik dalam perapan dan kemudian goreng sekejap je. Tujuan nak bagi warna cantik.
Cara Penyediaan Sira/Sos ayam:
- Dalam periuk larutkan bahan bahan di atas.
- Nota: Pastikan dalam ketulan kecil dan sentiasa kacau sampai dia pekat dan gula batu hancur.
- Apabila sudah siap, tutup api. Sira ni nanti kita curah atas ayam.
Cara Penyediaan Cili Nasi Ayam:
- Kisarkan bahan – bahan di atas.
Diharap perkongsian ini dapat memudahkan anda kerana sudah diklasifikasikan kepada setiap bahagian. Ini memudahkan supaya anda tidak keliru untuk mulakan dari mana dahulu.
Selamat Mencuba Resepi Nasi Ayam Singapura!
Kredit: Amnina Azmi