Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Nasi Dagang Terengganu Guna Beras Basmathi, Lebih Sedap & Lembut Je!

Resepi Nasi Dagang Terengganu Guna Beras Basmathi, Lebih Sedap & Lembut Je!

Kategori:
resepi nasi dagang beras basmathi

Setiap kali tiba Hari Raya, pastinya Nasi Dagang merupakan salah satu pilihan rakyat Malaysia selain dari Nasi Minyak dan Nasi Beriani. Bercakap soal Nasi Dagang ini, sebenarnya tak ramai yang pandai menyediakannya. Apa lagi kalau nak sediakan Nasi Dagang ini menggunakan beras lain seperti beras basmathi.

Namun jangan risau kerana ada resepi lengkap membuat Nasi Dagang menggunakan beras basmathi. Pasti rasanya lebih sedap dan lembut.

Cara Buat Nasi Dagang Terengganu Guna Beras Basmathi

Resepi Nasi

Bahan-bahan :

  • 4 cawan beras basmathi
  • 1/2 cawan beras pulut
  • 3 cawan santan cair dan sedikit gula garam
  • 1-1 1/2 cawan santan pekat dan sedikit garam
  • 1 sdb halba
  • 2 biji bawang merah | dimayang halus
  • 1 inci halia | hiris dan potong memanjang

Cara penyediaan : 

  1. Campurkan beras dengan pulut yang direndam 8 jam atau semalaman. (kalau tak sempat 2-3 jam pun okay).
  2. Kukus beras dan pulut tadi selama 20 minit
  3. Angkat dan kaut semua nasi ke dalam bekas yang agak besar dan digaulkan dengan separuh santan cair sehingga rata.
  4. Biarkan seketika hingga semua santan meresap. Masukkan lagi santan sehingga meresap elok. Habiskan semua santan cair dan biarkan sekejap.
  5. Kukus semula selama 30 minit lagi.
  6. Sementara itu, hiris bawang dan halia halus-halus. Masukkan di atas nasi dalam kukusan dan juga halba. (tapi saya suka letak bahan-bahan ini semasa nak arong santan / saya tidak kukus bahan-bahan ini).
  7. Angkat nasi, untuk kali kedua tuangkan santan pekat sedikit demi sedikit sehingga rata. Tak perlu habiskan jika nampak nasi sudah elok lembutnya.
  8. Masukkan dalam bekas dan tekan padat-padat.

Resepi Gulai Ikan Aya/ Tongkol

Bahan-bahan : 

  • 1 ekor ikan aya/tongkol
  • 3 keping asam keping
  • Sedikit garam
  • Air secukupnya
  • 4 sdb cili mesin
  • 7 biji bawang merah *
  • 3 ulas bawang putih *
  • 1 inci halia *
  • 1 inci lengkuas *
  • 1 inci kunyit hidup *
  • 3 sdb rempah gulai nasi dagang | boleh guna rempah cap bunga ros kalau tak ada rempah khas untuk gulai nasi dagang
  • 2/3 cawan santan fresh/pekat
  • 4 cawan air
  • Air asam jawa
  • Sedikit belacan | optional
  • Nisan/gula melaka
  • Garam
  • Sedikit gula
  • 15 biji cili padi
  • Minyak

Cara penyediaan : 

  1. Bersihkan ikan aya dan potong.
  2. Masukkan dalam periuk dan masukkan asam keping, garam dan air. Air hendaklah melebih paras ikan.
  3. Masak dengan api sederhana sehingga air tinggal lebih kurang 1/4. Lagi lama ikan dimasak lagi sedap, isi ikan pun lebih pejal.
  4. Kisarkan bahan bertanda *.
  5. Dalam periuk lain. Panaskan minyak dan masukkan bahan tumis.
  6. Biarkan hingga wangi dan masukkan cili mesin. Goreng hingga cili menjadi garing dan masukkan bahan-bahan yang dikisar.
  7. Tumiskan hingga sedikit kering dan masukkan rempah gulai.
  8. Masukkan 1/2 cawan air dan tumis lagi sehingga garing dan betul-betul pecah minyak.
  9. Masukkan santan dan renihkan hingga kuah mendidih sambil sesekali mengacau.
  10. Masukkan air rebusan ikan, jus asam jawa, belacan, nisan. garam dan gula.
  11. Masak sehingga kuah sedikit pekat dan masukkan ikan yang direbus tadi. Reneh lagi sehingga kepekatan kuah yang disukai.
  12. Sekiranya kuah terlalu pekat dan tak pecah minyak bolehlah ditambah air panas dan masak semula hingga keluar minyak.
  13. Masukkan cili padi dan masak lagi sekejap dan baru lah dipadamkan api.
  • Ikan aya/tongkol lebih sedap direbus lebih awal dan dibiarkan supaya rasa masam-masam tu meresap ke dalam isi ikan.
  • Kalau ada belimbing buluh, boleh letak dalam gulai ini. Nanti rasa sedap lagi.

Resepi Kuah Yang Lebih Sedap

Cara-cara : 

  1. Masak santan sehingga naik minyak.
  2. Masukkan semua bahan-bahan yang dikisar, serbuk, rempah gulai cap bunga ros, cili mesin, kulit kayu manis, air asam jawa dan gula melaka.
  3. Masak lama biarkan mendidih. Masukkan sedikit garam sesuai dengan rasa.
  4. Masukkan air rebusan ikan tadi dan juga ikan yang direbus. Jangan masukkan asam keping rebusan ikan nanti masam.
  5. Biarkan beberapa minit. Masukkan cili padi dan juga belacan.
  6. Masak sebentar dan boleh dihidang.

Nampak mudah sahaja kan nak sediakan Nasi Dagang Terengganu guna beras basmathi ini. Jadi apa kata kita masak untuk keluarga tersayang. Sekali rasa memang terus jatuh cinta tau. Selamat mencuba ya!

Kredit : Nor Khomariah Norrohman Via MAHN

Baca juga : Wanita Ini Kongsi Resepi Lengkap Nasi Dagang Arwah Maknya, Nampak Sedap, Mudah & Menyelerakan

 

tags: