Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Nasi Goreng Bujang, Cepat & Mudah Untuk Disediakan, Memang Sedap!

Resepi Nasi Goreng Bujang, Cepat & Mudah Untuk Disediakan, Memang Sedap!

Kategori: ,
Nasi goreng bujang

Bagi mereka yang hidup sebagai seorang bujang dan selalu sibuk dengan perkerjaan, sudah tentu tiada masa dan tidak berkesempatan untuk ke dapur dan memasak.

Tapi kalau selalu beli di luar, tentunya sangat membazir. Nak jimat, seeloknya masak sendiri. Kalau anda tercari resepi ringkas untuk dicuba, di sini kami berkongsi resepi nasi goreng bujang yang telah diolah oleh Faisal Admar di grup Masak Apa Hari Ni.. (MAHN). Ringkas sahaja, jom baca secara lebih lanjut untuk ketahui caranya.

Resepi Nasi Goreng Bujang, Cepat & Mudah Untuk Disediakan, Memang Sedap!

Bahan-bahan

  • Nasi putih
  • Perencah Nasi Goreng Adabi – dapatkan di sini
  • Telur
  • Ikan bilis
  • Cili
  • Lobak merah
  • Bawang
  • Minyak masak
  • Minyak bijan Nasi goreng bujang

Cara-caranya

  1. Letakkan minyak masak secukupnya dalam kuali dan panaskan. Bila sudah panas, goreng ikan bilis dahulu sehingga garing. Nasi goreng bujang
  2. Letakkan sedikit minyak bijan. Nasi goreng bujang
  3. Masukkan bawang. Nasi goreng bujang
  4. Keluarkan ikan bilis. Nasi goreng bujang
  5. Masukkan perencah nasi goreng Adabi. Nasi goreng bujang
  6. Masukkan lobak merah dan cili. Nasi goreng bujang
  7. Kemudian, masukkan nasi putih. Nasi goreng bujang
  8. Gaul kesemuanya hingga rata. Nasi goreng bujang
  9. Ketepikan nasi dan pecahkan telur dalam kuali. Nasi goreng bujang
  10. Goreng seketika dan kacau. Nasi goreng bujang
  11. Siap untuk dihidangkan!  Nasi goreng bujangNasi goreng bujang

Memang betul-betul mudah untuk menyediakan hidangan nasi goreng bujang ini, kan? Walaupun tak banyak bahan tapi dijamin tetap sedap dan kena dengan selera.

Selamat mencuba dan jangan lupa untuk kongsikan resepi ini pada semua.

Kredit: Faisal Admar di grup Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)

Baca Juga: Cara Buat Sambal Tempe Ikan Bilis Agar Rangup Dan Pedas, Boleh Tahan Sampai 2 Bulan!

tags: | |