Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resipi Nasi Goreng Cabai Tumbuk Dengan Isi Ikan, Masakan Dulu Yang Menggamit Memori

Resipi Nasi Goreng Cabai Tumbuk Dengan Isi Ikan, Masakan Dulu Yang Menggamit Memori

Kategori: ,
resepi nasi goreng cabai

Korang pernah tak tiba-tiba datang angin nak makan makanan yang rasa macam masakan dulu-dulu. Seperti kita tahu, makanan orang dulu memang sedap-sedap kan sebab dia ada rasa yang tersendiri.

Kalau masa kecil-kecil dulu, mak atau nenek selalu massakkan nasi goreng yang nampak simple, tapi rasanya memang sangat sedap! Dorang guna bahan yang ringkas je, tapi cara masaklah yang membuatkan nasi goreng yang kita makan tu kita makan bertambah.

Kalau teringin nak makan masakan macam tu, korang boleh cuba masak sendiri. Perkongsian daripasa Shamshnar Mohd Darus ni memang nampak sedap! Jom buat resepi nasi goreng cabai ni sama-sama.

Resipi Nasi Goreng Cabai Tumbuk Dengan Isi Ikan, Masakan Dulu Yang Menggamit Memori

Bahan-Bahan:

  • nasi sejuk
  • cili/cabai kering – rendam dengan air panas dan tos
  • bawang merah
  • bawang putih
  • ikan goreng – ambil isi ikan sahaja
  • ikan bilis

Cara Penyediaan:

  1. Tumbuk semua bahan kecuali nasi dan ikan goreng. Jangan tumbuk terlalu lumat (jika guna oengisar rasanya tak akan sama.
  2. Panaskan minyak kemudian tumis bahan yang ditumbuk hingga naik bau.
  3. Masukkan garam, serbuk perasa dan gula jika mahu. Gaul hingga sebati.
  4. Bila nampak bahan ditumis sudah masak masukkan nasi sejuk dan isi ikan goreng. Gaul sebati.
  5. Siap boleh dihidang.

resepi nasi goreng cabai resepi nasi goreng cabai resepi nasi goreng cabai

Info: Jika tak mahu pedas boleh tukar cili kering kepada cili api.

Siap sudah kita punya resepi nasi goreng cabai tumbuk ni. Korang buat lah! Memang rasa macam nenek atau ibu yang masakkan. Rasa vibes kampung yang kita rindu sekian lama dalam menjalani jeda kehidupan.

Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua.

Selamat mencuba dan menikmati!

Sumber: Shamsinar Mohd Daus

Baca juga: Wanita Ini Kongsi Resepi Ikan Masam, Perap Lagi Lama Lagi Sedap. Simpan Dalam Peti Tinggal Nak Goreng Sahaja!

tags: | |