Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Nasi Goreng Ikan Masin Special. Mudah Cepat Dan Sedap! Rugi Kalau Tak Cuba Buat

Resepi Nasi Goreng Ikan Masin Special. Mudah Cepat Dan Sedap! Rugi Kalau Tak Cuba Buat

Kategori: ,
resepi nasi goreng ikan masin

Nasi goreng sering kali dihidangkan pada waktu pagi atau malam. Bermacam aneka nasi goreng yang ada di negara kita pada hari ini. Antara nasi goreng yang paling sedap dan menyelerakan adalah nasi goreng ikan masin. Nasi goreng ikan masin ini dinamakan dengan nama sedemikian rupa kerana bahan utama nasi goreng tersebut adalah ikan masin.

Nak tahu cara buat Nasi Goreng Ikan Masin yang mudah, cepat dan sedap? Ikuti perkongsian resepi di bawah ini. Selain dibuat untuk sarapan pagi atau makan malam, nasi goreng ini juga sangat sesuai untuk dijadikan hidangan bersahur.

Cara Buat Nasi Goreng Ikan Masin Special, Sangat Enak Dan Mudah!

BAHAN-BAHAN:

  • 1 mangkuk besar nasi putih
  • 1/2 biji bawang besar Holland | dihiris
  • 2 keping isi ikan masin
  • 5-6 tangkai cili api | diketuk
  • 3 biji telur
  • Sayur sawi
  • Sos sotong
  • Garam
  • Serbuk lada sulah
  • Udang

CARA PENYEDIAAN:

  1. Panaskan minyak sehingga kelihatan berasap. Tumis bawang besar dan cili api yang diketuk sehingga naik bau. Masukkan isi ayam, udang dan kacau lagi.
  2. Ketepikan bawang dan masukkan ikan masin dan goreng sehingga ikan garing. Masukkan cili padi ketuk. Hancurkan ikan.
  3. Ketepikan bahan dan pecahkan telur. Tutup api dan kacau telur sehingga masak. Buka api semula.
  4. Masukkan daun sawi dan nasi. Dikacau rata.
  5. Satukan sos sotong, garam dan lada sulah. Tuang ke atas nasi. Kacau rata.
  6. Sedia untuk dihidangkan.

Mudah sahaja kan nak buat Nasi Goreng Ikan Masin Special ini? Sekali ngap terus terasa nikmatnya. Kalau malas nak masak awal pagi waktu bersahur, boleh je buat lebih awal. Lepas tu panaskan sahaja. Lebih nikmat rasanya.

SELAMAT MENCUBA!

Kredit resepi: aziekitchen

Kredit gambar: Mohammad Budiman

Baca juga: Lelaki Ini Kongsi Resepi ‘Nasi Goreng Tomyam Kaw’ Yang Super Duper Sedap! Buat Air Liur Meleleh Sungguh

tags: | |