Siapa sahaja yang tak suka Nasi Goreng Ikan Masin kan? Tambah-tambah lagi kalau bahan-bahan yang digunakan padu dan banyak.
Kepada peminat nasi goreng ikan masin dengan resepi ini tak perlu ke kedai, buat sendiri sahaja jimat. Ikuti resepi yang dikongsi di Azlina Ina Fans.
“Paling Padu, Paling Syahdu”- Resepi Nasi Goreng Ikan Masin Ni Makan Dengan Telur Goyang Rasanya Terangkat
Bahan-bahan
- Nasi sejuk lerai-lerai kan
Bahan-bahan tumis
- 10-15 tangkai cili padi
- 3 ulas bawang merah bombay
- 3 ulas bawang putih
- 1/2 inci belacan
- sedikit ikan bilis halus
Nota: Bahan-bahan tumis ditumbuk halus
Cara Penyediaan:
- Panaskan minyak sederhana dan tumiskan bahan-bahan dengan minyk sederhana tunggu sehingga agak garing
- Selepas itu, masukkan ikan tenggiri ke dalam kuali tetapi masukkan ikan jangan terlalu besar. Ikut hidangan nasi sahaja.
- Seterusnya, hancur-hancurkan semua dan masukkan nasi yang telah dilerai dan gaul-gaul rata sehingga sebati dengan bahan-bahan tumisan.
- Masukkan kacang panjang atau kangkung atau kailan mengikut citarasa masing-masing. Masukkan perasa dan garamtetapi masukkan sedikit sahaja garam sebab dah ada ikan masin.
- Akhir sekali, besarkan api, masak selama 1-2 minit dan siap untuk dihidang.
Nota: Gorengkan telur mata aduh makan dengan kopi o atau teh panas, bertambah berselera semua orang.
Semoga perkongsian resepi yang mudah dan padu ini memberi manfaat kepada semua dan jangan lupa berkongsi dengan rakan-rakan lain.
Kredit: Azlina Ina Fans
Baca juga: Resepi Popia Simpul Isi Tauhu Sangat Mudah, Cicah Dengan Sos Cili Lebih Sedap