Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resipi Nasi Goreng Kampung Yang Menggiurkan, Menjadi Pilihan Utama Setiap Kali Lapar!

Resipi Nasi Goreng Kampung Yang Menggiurkan, Menjadi Pilihan Utama Setiap Kali Lapar!

Kategori: ,
resepi nasi goreng kampung

Nasi goreng, ianya merupakan makanan yang tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat kita pada hari ini. Malah ramai yang lebih memilih untuk menikmati nasi goreng bila mana kurang berselera untuk makan. Bukan itu sahaja, di kala buntu untuk menikmati hidangan apa di kedai makan, pasti nasi goreng menjadi pilihan.

Malah pada hari ini, terdapat pelbagai jenis nasi goreng. Tidak kira sama ada ala barat atau ala kampung. Antaranya adalah Nasi Goreng Kampung, nasi goreng jenis ini akan menjadi lebih enak bila mana cara membuatnya lebih betul dan tepat. Nak cuba buat Nasi Goreng Kampung versi terbaik? Jom kita ikuti perkongsian resepi di bawah ini. Sangat mudah dan sedap!

Cara Buat Nasi Goreng Kampung Versi Terbaik, Terlampau Sedap!

Bahan-bahan:

  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Cili padi
  • Isi ayam
  • Sedikit belacan
  • Sos nampla
  • Sos tiram
  • Kicap cair
  • Nasi
  • Kangkung
  • Ikan bilis

Cara Penyediaan:

  1. Tumis bawang putih, bawang merah, cili padi sehingga sedikit garing. Kemudian baru masukkan isi ayam. 
  2. Seterusnya masukkan belacan. 
  3. Masukkan sos nampla. 
  4. Masukkan sos tiram. 
  5. Masukkan kicap cair. 
  6. Kemudian gaul sekata dan masukkan nasi sejuk. 
  7. Gaul sekata dengan api kuat. 
  8. Masukkan kangkung. 
  9. Akhir sekali masukkan ikan bilis yang sudah digoreng. 
  10. Siap untuk dihidangkan. Nak lebih sedap bolehlah goreng telur mata. 

Mudah sahaja kan nak buat Nasi Goreng Kampung ini? Pastikan anda tak derhaka resepi ya. Kalau derhaka memang kurang sedap rasanya. Selain sesuai dimakan pada waktu pagi, nasi goreng ini juga sangat sedap apabila dimakan pada waktu sahur atau pun berbuka. Nak makan pada waktu moreh pun boleh tau.

Selamat mencuba!

Kredit: Wan LuQman

Baca juga: Resepi Maggi Goreng Paling Sedap Di Dunia, Sangat Mudah & Yang Penting Letak ‘Gula’ Sikit Je!

tags: |