Anda tahu tak salah satu nasi goreng yang sedap dan senang dimasak adalah nasi goreng ketam? Bukan sahaja cara penyediaan yang senang, tetapi bahan masakannya juga mudah dan ringkas, tetapi melahirkan rasa yang lazat.
Jadi, tunggu apa lagi? Jom try sekarang dengan merujuk perkongsian resepi nasi goreng ketam viral ala Thai yang dikongsi oleh Fizalgk ini.
Tak Perlu Pening Nak Masak Apa Untuk Breakfast, Ini Resipi Nasi Goreng Ketam Viral Ala Thai, Senang Tapi Sedap!
Bahan-Bahan:
- 2 sudu besar minyak masak
- 4 ulas bawang putih dicincang
- 1 biji telur
- 2 cawan nasi sejuk – di peroi
- 1/2 cawan isi ketam yang direbus
- 2 sudu teh kicap cair
- 1 sudu teh kicap sotong
- 1/2 sudu teh gula
- 1/2 sudu teh lada sulah
- 1 tangkai daun bawang dihiris nipis
- sedikit serbuk cili Thai
Cara Penyediaan:
- Panaskan minyak di dalam kuali besar dengan api yang sederhana. Masukkan minyak masak dan tumis bawang putih hingga berubah warna. Pecahkan pula telur sambil dikacau.
- Masukkan nasi dan isi ketam dan kacau sebentar.
- Masukkan kicap sotong, kicap cair, gula, lada sulah dan kacau lagi sehingga semua bahan bercampur dan sebati.
- Masukkan daun bawang dan kacau sekadar bercampur. Lalu, matikan api. Hidangkan dengan serbuk cili Thai. potongan limau dan cili padi.
- Untuk topping macam dalam gambar, goreng telur aadd-on secara berasingan dan tambahkan isi ketam.
Dah siap nasi goreng ketam viral ala Thai kita! Bahan pun mudah dapat, cara masak pun senang, rasa pun lazat! Jadi tunggu apa lagi, cubalah resepi ini. Sesuai dimakan waktu sarapan atau bila-bila masa sahaja yang anda nak!
Semoga perkongsian ini bermanfaat ya!
Selamat mencuba dan menikmati!
Sumber: Fizalgk
Baca juga: Menu Sedap Makan Masa Sakit, Resepi Bubur Ayam Berlauk Jadi Pilihan!