Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Bukan Setakat Budak, Orang Dewasa Pun Suka. Resipi Nasi Goreng Kicap Paling Simple & Cepat

Bukan Setakat Budak, Orang Dewasa Pun Suka. Resipi Nasi Goreng Kicap Paling Simple & Cepat

Kategori:
Resepi Nasi Goreng Kicap

Setiap hari para ibu pasti dalam ‘dilema’ mahu masak menu dan lauk apa untuk anak-anak dan suami. Seorang ibu yang dikenali sebagai Ekin Hafiz berkongsian resepi nasi goreng kicap paling senang dan cepat. Khas buat anda yang sudah ketandusan idea untuk memasak.

Kalau ikut resepi ini, bukan setakat budak, bapak budak pun suka makan nasi goreng kicap ini. Nanti boleh cuba masak ya, semoga bermanfaat!

Bukan Setakat Budak, ‘Bapak’ Budak Pun Suka. Resipi Nasi Goreng Kicap Paling Simple & Cepat

Bahan-bahan:

  • Ayam dipotong dadu
  • Sotong
  • Bawang putih & bawang merah (ditumbuk)
  • Bawang besar – dipotong
  • Cili – dipotong
  • Telur
  • Cili kisar
  • Nasi
  • Kicap
  • Ajinamoto
  • Sayur piihan anda

Cara-cara:

  1. Pertama sekali, goreng ayam yang sudah dipotong dadu dan sedikit udang.
  2. Kemudian masukkan bawang putih dan bawang merah yang sudah ditumbuk.
  3. Bila sudah naik bau, masukkan bawang potong dan cili potong.
  4. Kemudian masukkan telur dan gaul sebati. Masukkan pula cili kisar dalam 2 sudu.
  5. Bila semua bahan sudah garing, masukkan nasi, kicap dan ajinamoto. Tak perlu masukkan garam sebab kicap dah masin.
  6. Gaul sebati, kemudian masukkan sayur. Gaul lagi hingga sebati. Siap.Resepi Nasi Goreng Kicap

Kredit: Ekin Hafiz

Baca juga: Anak-Anak Puji ‘Sup Telur’ Mama Paling Sedap Kat Dunia, Wanita Ini Kongsi Rahsianya

tags: