Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Nasi Himpit Kuah Kacang Yang Mudah & Sedap, Sekali Rasa Terus Jatuh Cinta!

Resepi Nasi Himpit Kuah Kacang Yang Mudah & Sedap, Sekali Rasa Terus Jatuh Cinta!

Kategori: ,
resepi nasi himpit

Nasi Himpit Kuah Kacang merupakan antara hidangan yang boleh dimakan pada bila-bila masa. Hidangan ini biasanya sangat terkenal pada hari raya dan ia dimakan bersama-sama dengan satay. Namun sekarang ini banyak nasi himpit yang dijual dekat luar tapi kalau nak lebih sedap, lebih baik buat sendiri je.

Sebab rasa yang dibuat yang dibeli mmg sangat-sangat berbeza. Jadi apa kata kita cuba buat sendiri nasi himpit ni bersama dengan kuah kacang. Sekali buat terus jatuh cinta tau.

Cara Buat Nasi Himpit Kuah Kacang Yang Sedap & Menyelerakan!

Resepi Nasi Himpit

Bahan-bahan: 

  • 1 cawan beras
  • 3 cawan air
  • Sedikit garam
  • 1 helai daun pandan
  • 2 sb minyak masak

Cara penyediaan: 

  1. Cuci bersih beras kemudian masukkan air, daun pandan disimpul, sedikit garam dan minyak masak.
  2. Masak seperti masak nasi biasa. Selagi nasi belum kering jangan dikacau lagi.
  3. Apabila nasi dah betul-betul kering baru dilenyek masa nasi panas-panas. Alas bekas dengan daun pisang kemudian masukkan nasi yang siap dilenyek tadi.
  4. Balut bagi kemas kemudian tindih dengan apa-apa barang yang berat supaya nasi himpit jadi cantik.

Resepi Kuah Kacang

Bahan-bahan: 

  • 2 cawan kacang tanah | digoreng tanpa minyak meudian buang kulit dan kisar
  • Lengkuas besar ibu jari | diketuk
  • 3 batang serai diketuk
  • 1 st jintan putih ditumbuk
  • Santan (1 biji kelapa) | ambil santan pekat sahaja
  • 3 keping gula melaka
  • 4 sb gula pasir
  • Sedikit garam

Bahan kisar: 

  • 5 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • Cili kering | direbus terlebih dahulu

Cara Penyediaan: 

  1. Panaskan periuk kemudian masukkan minyak. Tumiskan bahan yang dikisar tadi, tumis sehingga pecah minyak.
  2. Kemudian masukkan gula melaka dan jintan putih. Kacau hingga sebati kemudian masukkan serai, lengkuas dan gula pasir.
  3. Dah sebati semua masukkan santan pekat dan kacang tanah serta sedikit garam.
  4. Masak sehingga pekat dan pecah minyak.
  5. Siap untuk dihidangkan.

Mudah sahaja kan nak buat nasi himpit kuah kacang ini? Jadi tunggu apa lagi tu, jom kita buat sekarang. Kalau sedap jangan lupa untuk kongsikan resepi ini kepada kenalan atau keluarga anda ya.

Selamat mencuba!

Kredit: Fatin Ilani Via BIKMM

Baca juga: Nasi Himpit Sambal Hitam Terengganu, Memang Nyandor Bila Makan

tags: | |