Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Nasi » Resepi Nasi Tomato Versi Kenduri

Resepi Nasi Tomato Versi Kenduri

Kategori:
Nasi Tomato

Hari-hari makan nasi putih bosan jugak kan? Apa kata jom cuba masak nasi tomato versi kenduri ni pula. Jarang-jarang tukar selera tak salah kan.

Resepi Nasi Tomato Versi Kenduri

Bahan A (kisar):

  • Bawang besar 4 biji
  • Bawang kecil 10biji
  • Bawang putih 4 ulas
  • Halia 1 1/2 inci

Bahan B (tumis):

  • Minyak masak 1/2 cawan
  • Minyak sapi 200 gm
  • Rempah 4 sekawan (kulit kayu manis 1 batang, bunga lawang 3 ketul, buah pelaga 5 biji,
  • cengkih 5 biji)
  • Daun pandan 1 helai (ikat simpul)
  • Pangkal batang daun sup (1 pokok)
  • Serai 3 batang (diketuk)
  • Tomato masak (1biji potong kecik)
  • Tomato puree (1 tin kecik)

.

  • Air (sukatan sama byk dgn beras)
  • 2kg beras basmathi (kami guna faiza moghul parboiled) – dicuci bersih, rendam sekejap & ditoskan
  • Susu cair 1/4 tin
  • Yogurt nestle natural 3 sudu
  • Gajus (disangai dulu)
  • Kismis
  • Pewarna kuning telur

Cara-cara:

  • Panaskan minyak + minyak sapi
  • Tumiskan bahan B & bahan A, dah naik bau wangi masukkan kismis & kacau sekejap.
  • Masukkan tomato potong.
  • Masukkan tomato puree. Masukkan air biarkan menggelegak + susu cair.
  • Masukkan garam+gula+perasa secukup rasa
  • Tuangkan beras + sedikit sunquick (optional) gaulkan biar mesra.
  • Hampir nak kering masukkan yogurt + gajus + sedikit daun sup (optional) + renjiskan sedikit pewarna
  • Biarkan sekejap & kaup 2-3 kali shj (supaya nasi tak hancur)
  • Tutup periuk biarkan sehingga nasi masak sekejap + SIAP.

Kredit: Puan Nursaadah Mohd Rasim

Selamat mencuba!

tags: