Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Nasi Tomato Yang Lazat, Memang Mampu Membangkitkan Selera!

Resepi Nasi Tomato Yang Lazat, Memang Mampu Membangkitkan Selera!

Kategori: ,
Nasi Tomato Yang Lazat

Bulan syawal belum habis lagi kan, selagi belum habis syawal selagi tu mood raya masih on kan? Jom cuba buat resepi nasi tomato yang lazat ni. Barulah feeling-feeling raya.

 

1) RESEPI NASI TOMATO

Bahan-bahan:

  • 2 cawan beras basmathi
  • 2 1/2 cawan air
  • Sedikit halia
  • 1 1/2 biji bawang besar sederhana saiz potong dadu
  • 2 ulas bawang putih potong dadu
  • Bahan penumis ( kayu manis, cengkih dan bunga lawang)
  • 3 sudu besar tomato puree
  • 1 kiub pati ayam
  • 1/2 cawan susu cair
  • 1 sudu besar minyak sapi
  • Sedikit minyak untuk menumis
  • Garam
  • Hiasan (daun sup dan bawang goreng)

Cara-cara:

  1. Bersihkan beras basmathi dan rendam sekejap
  2. Dalam kuali, panaskan minyak dan minyak sapi, masukkan bawang besar, bawang putih dan halia serta bahan penumis.
  3. Tumis sehingga naik bau. Kemudian masukkan tomato paste, serai, kacau sebati..
  4. Kemudian toskan beras dan masukkan dalam rice cooker dan masukkan bahan tumis tadi serta air dan garam. Masak nasi macam biasa. Dah masak baru kacau perlahan2 supaya nasi tak patah2 ye.
  5. Sukatan air bergantung pada beras yang digunakan. Jika basmathi biasa 1 cawan beras airnya 1 1/2 cawan.
  6. Bila nasi sudah masak, letakkan hiasan daun sup dan bawang goreng.

2) AYAM MASAK MERAH

Bahan-bahan:

  • 1/2 ekor ayam dpotong kecil
  • 2 biji bawang besar saiz sederhana*
  • 3 ulas bawang putih*
  • Sedikit halia*
  • 2 sudu besar cili kering yang telah direbus dan di kisar
  • 2 sudu besar tomato paste
  • 2 sudu besar sos cili/sos tomato
  • Garam
  • Gula
  • 2 batang serai
  • Minyak untuk menumis
  • Bawang besar dipotong bulat untuk hiasan

Cara-cara:

  1. Ayam dipotong kecil dan dibersihkan serta ditoskan dan digoreng garam kunyit.
  2. Kisar bawang besar, bawang putih dan halia.
  3. Tumis bahan kisar dan serai sehingga naik bau. Kemudian masukkan lada sehingga pecah minyak dan tumis biar agak lama dengan menggunakan api perlahan.
  4. Masukkan tomato paste, sos cili/sos tomato.
  5. Bila dah agak-agak kering, masukkan gula dulu, masukkan sedikit air dan perasakan dengan garam sehingga secukup rasa.
  6. Masukkan bawang besar yang dipotong bulat nipis

3) RESEPI JELANTAH

Bahan-bahan:

  • Timun – dipotong memanjang dibuang empulurnya
  • Nenas dipotong
  • Bawang dimayang halus
  • Lada besar merah dan hijau dipotong serong
  • Garam
  • Gula

Cara-cara:

  1. Gaul semua bahan sehingga sebati.

4) KARI KAMBING

Bahan-bahan:

  • 4 biji bawang kecil*
  • 2 biji bawang putih*
  • Seulas halia*
  • Kunyit*
  • Daun kari
  • Rempah kari babas
  • Kambing – telah direbus
  • Santan
  • Garam
  • Asam keping
  • Kentang

Cara-cara:

  1. Kisar semua bahan bertanda (*). Tumiskan bahan kisar sehingga naik bau.
  2. Kemudian masukkan daun kari, rempah kari babas. Bila dah pecah minyak, masukkan kambing yang telah direbus.
  3. Kemudian masukkan santan serta garam dan asam keping secukup rasa.
  4. Masukkan kentang. Bila kentang dah lembik matikan api.
  5. Siap!

 

tags: