Pernah dengar nugget pisang? Kebiasaan dengar goreng pisang, pisang keju, kerepek pisang kan? Kalau tidak pernah dengar apatah lagi makan. Di sini saya ingin kongsi resepi nugget pisang, lepasni boleh la cuba di rumah. Berikut adalah cara untuk membuat nugget pisang sederhana.
Bahan yang diperlukan adalah:
500 g pisang kepok
25 g tepung roti
50 margarin cair
3 sdm tepung maizena garam secukupnya
100 g gula pasir
100 g tepung terigu
2 biji telur
1 sct SKM
50 g keju parut
air secukupnya
Bahan untuk Toping:
75 g tepung terigu (All purpose flour)
tepung roti secukupnya
SKM, keju, kurma
Cara membuat
Lenyek dahulu buah pisang
Kemudian campurkan tepung roti, tepung terigu, tepung maizena, gula, garam secukupnya, telur, susu, keju parut lalu digaul
Tambah air secukupnya untuk proses sebatian,
Terakhir masukan margarin cair
Jika sudah sebati masukan ke bahagian cetakan dan kukus selama 30 minit
Biarkan sejuk dahulu lalu potong
Untuk penyediaan topping cairkan dulu terigu
Kemudian celupkan pisang ke dalam tepung lepas itu gulingkan ke dalam tepung roti
Selepas itu goreng sehingga matang dan siap untuk dihidang
Selamat Mencuba.
Tonton video dibawah untuk langkah-langkah selanjutnya: