Musim Covid-19 sekarang ni bukan sahaja perlu mengamalkan gaya hidup yang sihat. Malah kita juga perlu makan makanan yang sihat dan mengamalkan budaya yang berjimat cermat. Ina Bakeri ada kongsikan resepi nugget yang sihat dan menjimatkan. Kos yang digunakan olehnya adalah hanya RM7 untuk 30 ketul nugget.
BAHAN – BAHAN :
- 500g dada ayam | potong kecil
- 2 biji telur
- 5 ulas bawang putih | yang besar-besar
- 2 biji bawang merah saiz sdg
- 3 sudu makan tepung ubi kayu
- Serbuk lada hitam secukupnya
- Garam
CARA MEMASAK :
- Kisar semua bahan di atas dalam pengisar.
- Ambil loyang, sapukan mentega dan masukkan adunan yang dikisar tadi ke dalam loyang.
- Kukuskan selama 30 minit.
- Bila dah sejuk, potong adunan tersebut kepada bentuk yang anda suka.
- Celupkan ke dalam telur yang dicampur dengan sedikit epung serbaguna(bestari spicy). Kemudian salutkan dengan breadcrumb.
- Goreng sehingga masak . (kalau banyak korang boleh simpan untuk frozen, goreng sekejap dan masukkan ke dalam peti ais untuk dibekukan)
Selamat Mencuba !
Sumber : Facebook MAHN
Sumber gambar : Azhan.co