Sekarang, terdapat pelbagai jenis kuih dan biskut yang viral gara-gara media sosial. Orang ramai pun berminat untuk cuba kesemuanya.
Antara biskut yang sedang viral sekarang adalah Nutball Nutella ini. Bagi penggemar Nutella dan coklat, biskut ini menjadi kegilaan. Tidak terlalu manis, ia sesuai untuk dicuba. Di sini resepinya yang telah dikongsikan oleh Iesya Sofea di grup Masak Apa Hari Ni.. (MAHN).
Resepi Nutball Nutella Viral, Laku Keras Kalau Dijual. Memang Sedap!
Bahan A
- 180 gram butter (pure butter lebih sedap)
- 50 gram gula kastor
- 25 gram gula perang
- 1 1/2 sudu kecil esen vanilla
- 1 biji putih telur
Bahan B
- 185 gram tepung biskut atau tepung gandum
- 20 gram serbuk koko
- 20 gram serbuk susu
- 25 gram tepung beras
- 30 gram tepung jagung
- 30 gram serbuk kacang hazelnut
Bahan C
- Almond nibs
- Putih telur atau air
Bahan D
Cara-caranya
- Gaul bahan A sehingga sebati. Jangan sampai kembang.
- Masukkan bahan B. Segala tepung perlu diayak terlebih dahulu. Gaul sampai jadi doh dan tak lekat kat tangan. Doh tak keras dan tak lembik.
- Timbang ikut size yang nak. Saya buat jualan buat saiz 9 gram. Habiskan.
- Bulatkan dan celup dalam putih telur dan golekkan dalam almond nib. Buat lubang di tengah tu. Saya guna penekan tart. Lubang tu jangan sampai tembus sampai bawah. Cukup sampai dasar sahaja.
- Bakar api atas 170 darjah celcius, bawah 150 darjah celcius selama 20 minit atau mengikut oven masing-masing.
- Bila sudah siap dibakar, baru paipkan Nutella. Hentak-hentak sikit nak bagi Nutella itu sekata dan tidak membukit.
- Siap untuk dinikmati.
Wah! Nutball Nutella ini kelihatan sangat menarik. Tentu sangat sedap bila dimakan. Dah faham dah mengapa ia sangat viral, mesti laku keras bila dijual.
Selamat mencuba dan jangan lupa untuk kongsikan resepi ini.
Kredit: Iesya Sofea di grup Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)
Baca Juga: Cara Buat Koktail Buah-Buahan, Sesuai & Meriah Bila Disediakan Untuk Majlis